Assalamualaikum..Masak cili padi ni memang kegemaran suami. Tak kisah masak dengan apa-apa pun semua dia suka asalkan berasaskan cili padi. Ayam goreng cili padi ke..ikan goreng cili padi ke..telur goreng cili padi ke.. janji goreng cili padi, masak hari-hari pun takpe. Hehe. So hari ni saya nak kongsikan resepi ikan bilis goreng cili padi yang rangup dan juga tips macam mana cara untuk menjadikan ikan bilis ni kekal rangup setelah dimasak.
Ikan bilis goreng cili padi ni memang sedap makan dengan apa-apa je. Nasi panas, nasi air, nasi impit, semua pun best. Sebab tu saya selalu buat banyak-banyak sekaligus. Senang nak makan bila-bila. Hehe. Ikan bilis ni boleh tahan lama dan tak cepat basi. Caranya, masa menumis bawang dan cili, masak lama dan menggunakan api kecil sehingga bawang dan cili garing. Selalunya boleh tahan hampir seminggu walaupun diletak diluar. Cuma selepas 2-3 hari ikan bilis dah kurang rangup.
Ada tips untuk kekalkan kerangupan ikan bilis ni seharian. Jangan lupa baca tips kat bawah untuk dapatkan ikan bilis yang kekal rangup setelah dimasak.
Jom tengok video cara penyediaan ikan bilis ni yang saya sediakan kat bawah ni. Boleh subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak resepi yang terbaru dan menarik.
Bahan-bahan ikan bilis cili padi:
- 100 gram ikan bilis
- 10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing2)
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan (optional)
- Garam
- Serbuk perasa
- 1 biji limau kasturi
- Minyak secukupnya
Cara-cara membuat ikan bilis cili padi:
- Gorengkan ikan bilis sehingga ranggup. Ketepikan.
- Tumbuk @ kisar semua bawang, cili padi dan belacan.
- Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan2 tumis bertukar warna sedikit gelap.
- Masukkan air limau kesturi, garam dan serbuk perasa.
- Boleh tambah sedikit gula jika suka
- Tutup api dan tunggu sehingga sambal cili padi ni betul-betul sejuk. Buangkan lebihan minyak.
- Bila dah sejuk, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul rata.
Tips:
- Gunakan minyak yang banyak semasa menumis supaya cili betul2 masak dan tak cepat rentung. Gunakan api sederhana @ kecil. Buang minyak yang berlebihan setelah sambal masak supaya ikan bilis tak cepat lemau.
- Pastikan sambal cili padi betul-baru sejuk, baru masukkan ikan bilis supaya ikan bilis kekal rangup dan sedap.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.