Baguette Pizza Simple dan Sedap

Assalamualaikum. Siapa yang suka makan roti baguette? Mungkin jugak ada yang tak pernah dengar kot roti ni. Roti ni berasal daripada Perancis. Ia berbentuk panjang dan agak keras. Jadi roti ni lebih sesuai untuk di masak berbanding roti putih biasa yang lembut tu lebih sedap kalau makan terus. Hari ni saya nak tunjukkan salah satu cara nak buat roti baguette ni menjadi lebih sedap iaitu Baguette Pizza.

Saya nak buat topping ala-ala pizza. So kalau tak rajin nak uli roti untuk buat pizza, boleh la guna roti baguette ni untuk buat base pizza ok.. Selain roti baguette ni, boleh jugak guna roti putih biasa. Senang sangat je nak buat baguette pizza ni. Resepi bujang bak kata orang. ? Untuk toppingnya, boleh guna apa-apa bahan kegemaran masing-masing.

Jom layan dulu video yang saya sediakan kat bawah ni.. Rugi tak tengok sebab video ni penambah selera. Hehehe…

Bahan-bahan Baguette Pizza:

  • Roti Baguette
  • Sos Spaghetti/Tomato puree
  • Sosej
  • Crab stick
  • Hirisan Ayam
  • Capsicum
  • Cili Besar
  • Bawang Holand
  • Cheese (cheddar/mozarella/pizza topping)

Cara-cara :

  1. Potong roti baguette kepada beberapa bahagian.
  2. Sapukan sos spaghetti.
  3. Letakkan bahan-bahan topping yang lain mengikut kesukaan masing-masing.
  4. Taburkan cheese diatasnya. (lagi banyak lagi sedap)
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.

Nota:

  • Untuk mendapatkan tekstur roti yang lembut, renjiskan air diatas roti sebelum menyapu sos.
  • Kalau suka roti yang rangup, tak perlu renjis air.

baguette pizza

baguette pizza

baguette pizza


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top