Assalamualaikum. Sebelum ni saya pernah buat puding roti kastard dan juga puding roti epal. Kali ni saya nak buat puding roti lagi tapi tukar puding roti pisang. Sedap sangat puding ni. Boleh la buat menu berbuka puasa nanti. Kalau makan puding ni bersama sos kastard pun sedap jugak. Tapi makan puding ni saja pun dah cukup sedap. Kalau nak makan bersama sos kastard, boleh kurangkan sikit gula di dalam puding roti pisang ni sebab sos kastard dah ada rasa manis.
Resepi kali ni saya cuma buat puding roti pisang saja. Kalau nak tengok resepi puding roti bersama sos kastard, boleh klik kat sini. Untuk resepi puding roti epal pula, boleh klik kat sini.
Kalau nak lebih senang faham cara buat puding roti pisang ni, boleh tengok video yang saya buat kat bawah. Confirm membuka selera nak berbuka nanti. Makan masa panas sedap, sejukkan di dalam peti ais pun sedap. ??
Bahan-bahan Puding Roti Pisang:
- 8 keping roti (saya guna gardenia)
- 4 biji pisang (saya guna pisang berangan)
- 3 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 2 sk esen vanila
- 4 sb gula
- 1/2 cawan kismis
Cara-cara :
- Potong roti menjadi kecil @ carikkan. Ketepikan.
- Lenyekkan pisang di dalam bekas besar.
- Masukkan telur, susu segar, esen vanila dan Gula ke dalam pisang tadi. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan roti. Gaul rata.
- Masukkan pula kismis dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175°c selama 20 minit atau sehingga masak.
Nota:
Boleh gantikan kismis dengan coklat cip.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.