Assalamualaikum. Hai korang. Tengah buat apa tu? Saya pagi-pagi lagi dah sibuk di dapur nak siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Biasanya breakfast orang Malaysia ni mesti makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng, nasi goreng, lontong dan macam-macam lagi lakan. Apa kata kali ni kita tukar selera makan pancake pulak. Jom saya kongsikan resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu untuk korang.
Actually, pancake gebu gebas ni mudah je nak sediakannya. Anak lelaki saya yang berumur 12 tahun pun dah pandai buat sebab cara dan bahannya senang je. Pancake ni saya letak susu segar untuk menambahkan lagi rasa lemaknya. Boleh juga gantikan susu segar dengan susu cair. Kalau nak buat resepi pancake tanpa susu boleh tengok kat sini. Baking powder dan telur pula adalah ejen untuk menggebukan pancake. Kalau kedua-dua bahan tu takde, makanya tak gebu la pancake korang. Hehehe.
Adunan ni boleh dapat 5 hingga 6 keping pancake saiz sederhana. Kalau korang buat saiz besar so dapat sikit la. Tapi untuk saya, suami dan anak-anak makan cukup la satu adunan ni. Kalau untuk family yang ramai boleh gandakan adunan ni yea. Pancake ni boleh di makan bersama butter, madu, coklat, jem, peanut butter dan sebagainya. Ikut la selera masing-masing nak tambah apa pun. Hehe. Jom kita sarapan!
Kalau korang nak senang faham cara membuat pancake gebu ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan untuk pancake:
- 1 biji Telur
- 4 sb Marjerin yang telah dicairkan
- 3 sb Gula (boleh tambah@kurangkan)
- 1 1/2 cawan Susu Segar (anggaran)
- 1 sk Esen Vanilla
- 2 cawan Tepung Gandum
- 2 sb Baking Powder
- 1 sk Garam
Cara-cara membuat pancake:
- Pukul telur, marjerin, gula, susu segar dan esen vanilla hingga sebati.
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga rata dan sebati.
- Rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit.
- Sendukkan adunan ke atas non-stick pan yang telah di panaskan. Terbalikkan penkek bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan dan boleh diangkat dan hidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo