Assalamualaikum. Menu ikan siakap masam manis ni antara menu yang paling favourite setiap kali saya dan family makan di luar. Kalau bukan menu ikan siakap masam manis, kami akan order ikan siakap 3 rasa. Hehe.. Rasanya ramai jugakan suka makan ikan siakap masam manis ni. Tapi macam biasa la harga untuk menu-menu ikan macam ni bukannya murah. Paling kurang pun kalau ikannya kecil sikit mungkin mencecah harga RM20 atau lebih. Mungkin ada kedai yang caj dengan harga murah tapi agak jarang kita jumpa. Kalau kita buat sendiri dah tentulah harganya jauh lebih murahkan. Hehe. Dapat pulak beli ikan siakap di tempat yang murah. Macam saya beli ikan siakap ni di pasar borong, harga ikan saiz sederhana tak sampai RM10 pun. Campur dengan bahan lain rasanya tak sampai RM15. Memang jimat sungguh. Cuma perlu ada kerajinan la untuk memasaknya. Hehe.
Ok berbalik kepada resepi ikan siakap masam manis ni, kat sini saya kongsikan resepi yang paling simple dan mudah untuk dibuat terutamanya kepada yang baru nak belajar memasak. Boleh cuba resepi ni. Sekali cuba mesti lepas ni dah tak order kat kedai lagi dah. Hehe..
Bahan-bahan tambahan seperti bawang holland, nenas dan juga tomato terpulang nak letak atau tak. Kalau nak letak, lagi sedap. Kalau tak letak bahan-bahan ni pun rasa dia masih lagi sedap. Yang penting kena seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Boleh juga tambahkan bahan lain mengikut citarasa masing-masing. Garam, gula dan sos boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian. Untuk saya, saya lebih sukakan rasa yang sedikit manis. Boleh juga tambahkan hirisan cili padi jika suka pedas. Saya goreng ikan ni dengan tepung jagung untuk menjadikan ikan lebih rangup dan sedap. Kalau nak goreng macam biasa guna garam dan kunyit pun boleh.
Untuk lebih senang nak faham cara nak masak ikan siakap masam manis ni boleh tengok video kat bawah. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube channel kami ye. Hehe. Kat YouTube channel ni lebih banyak resepi yang baru dan best.
Bahan-bahan Ikan Siakap Masam Manis:
- 1 ekor ikan siakap
- Tepung Jagung
- Garam
- 1 Biji Bawang Besar (tumbuk halus)
- 1/2 inci Halia (tumbuk halus)
- 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk halus)
- 3-4 Sb Cili Kisar
- Sedikit air
- 3 Sb Sos Tomato
- 4 Sb Sos Cili
- Gula
- 1/2 Bawang Holland (hiris bulat)
- 1/4 Nenas
- 1 Biji Tomato
Cara-cara:
- Lumurkan tepung jagung dan garam secukupnya pada ikan yang telah dibersihkan. Perap seketika.
- Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, halia, bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
- Letakkan sedikit air. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi sehingga garing dan bertukar warna sedikit gelap.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tambahkan bawang holland, nenas dan juga tomato. Gaul sebati.
- Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
- Boleh tukar ikan siakap dengan ikan lain atau pun ayam dan juga daging.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo