Roti Lasagna Mudah dan Sedap (Lasagna Bread)

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi roti lagi iaitu roti lasagna. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi lasagna yang menggunakan kulit lasagna. Kali ni resepi yang lebih senang dengan menggunakan roti. Mungkin di sesetengah tempat susah nak jumpa atau cari kulit lasagna. So saya tukar kulit lasagna dengan roti. Walaupun rasanya lain sikit, tapi tetap sedap. Asalkan intinya sedap, sedap la hasilnya.

Kalau ada roti yang tak habis kat rumah tu tapi dah nak expired, boleh la buat resepi roti lasagna ni. Confirm cepat habis. Hehe. Selain roti putih, boleh juga guna roti yang lain seperti wholemeal, wheatmeal dan sebagainya.

Dalam resepi ni, saya bakar roti dengan menggunakan oven. Kalau tak ada oven, jangan risau sebab roti ni juga boleh dimasak dengan kuali biasa di atas dapur gas. Cuma lapikkan roti 2 lapis sahaja. Letakkan di atas kuali dan masak di atas dapur menggunakan api kecil. Tutup kuali supaya roti masak sekata. Kalau tak guna non stick pan, boleh letak sedikit minyak supaya roti tidak melekat pada kuali. Satu lagi kaedah lain jika tak mahu menggunakan minyak, boleh balut roti dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali seperti biasa.

Boleh tengok video yang saya sediakan kat atas ni supaya lebih senang nak faham cara membuat roti lasagna ni. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami ye. 🙂

roti lasagna

Bahan-bahan Roti Lasagna:

  • 1 Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 400gm Daging Cincang
  • 4 Sb Sos Cili
  • 3 Sb Sos Tomato
  • 1 Cawan Sayur Campuran
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Lada Hitam
  • 2 biji Telur
  • 1/2 Cawan Susu Segar
  • Roti
  • Keju (Keju pilihan anda)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. (boleh tumis sekali dengan cili padi @ cili kering kisar kalau nak pedas)
  2. Masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan sehingga daging masak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan juga serbuk lada hitam.
  5. Masukkan juga sayur campur dan kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  6. Pukul telur sedikit dan campurkan dengan susu segar.
  7. Celup roti ke dalam telur dan susun di dalam loyang.
  8. Ratakan daging yang telah dimasak tadi di atas roti dan taburkan cheese secukupnya.
  9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis.
  10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu).

roti lasagna

roti lasagna

roti lasagna


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top