Puding roti makan dengan sos kastard menu di petang hari.. hehe.. biasa la kat rumah mesti ada je roti makan tak sempat nak habis tapi tarikh dah nak expired.. kn kn kn? Kecuali yang memang suka makan roti la. Tak sempat nak expired confirm habis. Heh. So ni salah satu cara nak cepat2 habiskan roti yang dah nak expired tu. Nak di buang tu sayang jugakkan. So kita kreatifkan cara nak makan roti menjadi lebih sedap dan lazat selain selain makan roti sapu planta dan kaya. Hehe.. senang je buat puding roti ni. Nak bakar boleh, kak kukus pun boleh. Kalau takde oven, bole la guna pengukus. Kalau takde pengukus, kena la beli satu. Lenkali bole buat kuih lain pulak.. hehe. Ok jom tengok cara nak buat puding roti ni.
Bahan A:
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih
Bahan B:
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar mentega
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar tepung jagung/gandum
Bahan C (kuah kastard/topping):
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
Cara-cara:
- Panaskan oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180°c.
- Carikkan/koyakkan roti. Rendam roti di dalam susu segar selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.
- Sementara menunggu roti di rendam, campurkan kesemua bahan B di dalam bekas lain. Pukul sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan bahan B ke dalam roti yang telah direndam tadi. Gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang/acuan pembakar.
- Bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 30 minit (bergantung pada oven masing2)
Cara untuk membuat topping:
- Masukkan kesemua bahan C (susu cair, gula, tepung kastard) ke dalam periuk. *PENTING: jangan pasang api dahulu. Kacau bahan sehingga tepung kastard sebati supaya tepung kastard tidak berketul2 bila panas.
- Pasang api kecil. Kacau sehingga kuah kastard menjadi pekat.
- Tuang topping ke atas puding. Sedia untuk di makan.
- Dah siap!! Boleh di hidangkan semasa panas@sejuk. Saya lebih suka yang sejuk. Letak dalam peti ais. Kalau nak lagi best, boleh jugak tuangkan coklat syrup sikit kat atas puding. ?
Â
Â
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.