Assalamualaikum. Atas permintaan ramai, hari ni saya nak kongsikan resepi chocolate crepe cake. Sebenarnya agak lama juga saya fikir nak buat chocolate crepe cake ni. Sebab nak buat chocolate crepe cake agak susah sikit dan ambik masa yang lama untuk disiapkan. walaupun bahan yang digunakan amat mudah dan tak banyak. Part yang paling susah adalah untuk memasak crepe. Kena buat dengan penuh kesabaran. Hehe. Tapi hasilnya memang memuaskan.
Honestly, ni kali pertama saya buat chocolate crepe cake. Alhamdulillah menjadi juga walaupun ambil masa yang agak lama. Dan yang pasti mesti la ada crepe yang tak menjadi dan terkoyak masa buat tu. Haha.. Tapi lepas 3-4 kali buat dah ok dah. Adunan crepe ni kena betul-betul ngam. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Baru la senang untuk membuat layer crepe yang nipis dan sekata. Rasanya kalau sesiapa yang ada pengalaman dan kepandaian membuat kuih gulung@kuih ketayap, mesti sangat senang nak buat chocolate crepe cake sebab cara untuk buat layer crepe tu sama je.
Untuk buat chocolate crepe cake ni saya nasihatkan guna non-stick pan atau apa-apa kuali leper yang tidak melekat supaya senang untuk diterbalikkan sebab crepe ni sangat lembut dan mudah terkoyak. Untuk menghasilkan sebiji chocolate crepe cake, saya buat lebih kurang 20 helai crepe. Chocolate crepe cake ni lebih sedap di makan semasa sejuk.
Ok la jom tengok video penyediaan chocolate crepe cake kat bawah ni. Jangan lupa subscribe tau. Hehe.
Bahan-bahan chocolate crepe cake:
- 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Serbuk Koko
- 1/2 Cawan Gula
- 6 Biji Telur
- 1/4 Cawan Mentega Cair
- 3 Cawan Susu Segar
- 2 1/2 Cawan Krim Putar Bukan Tenusu
Cara-cara:
- Gaul tepung bersama serbuk koko dan juga gula di dalam mangkuk.
- Masukkan telur dan kacau.
- Masukkan pula mentega yang telah dicairkan dan kacau rata.
- Tambahkan susu segar di dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga habis.
- Panaskan non-stick pan dan tuang lebih kurang 1 senduk adunan ke atas kuali sambil memusing kuali.
- Biarkan adunan crepe kering dan terbalikkan dengan perlahan. Masak sebentar dan boleh di angkat. Buat sehingga adunan habis.
- Di dalam mangkuk lain, pukul krim putar (whipping cream) sehingga kental.
- Lapiskan whipping cream di atas crepe sehelai demi sehelai sehingga habis. Sedia untuk dimakan.
Tips:
- Tapiskan adunan jika adunan masih berketul-ketul.
- Pastikan kuali tak terlalu panas. Gunakan api kecil semasa memasak.
- Tuang adunan ditengah kuali sambil pusing-pusing kuali supaya adunan rata dan nipis.
- Biarkan crepe kering sebelum di terbalikkan. Terbalikkan perlahan-lahan kerana crepe mudah koyak.
- Sejukkan whipping cream sebelum dipukul.
- Boleh tambah topping di atas chocolate crepe cake ni seperti ganache, taburan serbuk koko dan sebagainya.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo