Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi mudah yang tentunya sangat sedap dan melting iaitu popia pisang goreng coklat berkeju. Panjang pulak nama resepi hari ni. Hehe.
Tercetus idea nak buat popia pisang goreng coklat berkeju ni sebab ada lebihan pisang yang emak saya bawa dari kampung tempohari. Banyak juga la pisang yang emak saya bawa tu sebab pisang tu emak saya tanam sendiri di kampung. Saya dah buat pisang goreng, cekodok pisang dan bubur pisang tapi masih ada berbaki lagi pisangnya. Hehe. Jadi saya ingin cuba buat kelainan dengan membuat popia daripada pisang tersebut.
Resepi ni boleh dipelbagaikan cara membuatnya samada nak letak coklat, keju, oreo atau sebagainya. Dalam resepi ini saya letakkan keju cheddar dan mozarella supaya popia pisang goreng coklat berkeju ni lebih sedap dan melting gituuu! Hahaha. Coklat pulak boleh letak pelbagai jenis pilihan coklat seperti coklat bar, coklat cip, nutella dan sebagainya terpulang kepada selera masing-masing. Apabila digoreng, coklat dan keju ini akan mencair dan sangat sedap untuk dinikmati. Korang boleh letak coklat dan keju sebanyak mana yang korang suka. Lagi banyak lagi la sedap rasa popia korang tu. Hehe. Pertama kali mencubanya saya dan anak-anak terus jatuh cinta dengan kerangupan popia ini dan kombinasi rasa pisang, coklat dan kejunya. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba buat sendiri yea! Selamat mencuba.
Kalau korang nak senang faham cara membuat resepi ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan membuat popia pisang goreng coklat berkeju:
- Kulit Popia
- Keju Cheddar
- Pisang
- Coklat
- Keju Mozarella
- Air
Cara-cara untuk membuat popia pisang goreng coklat berkeju:
- Ambil sekeping kulit popia letakkan keju, pisang yang telah di belah 2 dan coklat di atasnya.
- Gulungkan kulit popia dengan kemas dan sapukan sedikit air di hujungnya sebagai gam untuk melekatkan kulit popia tersebut (sila rujuk video).
- Goreng popia hingga kuning keemasan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo