Agar-agar Peach Oren Yang Lembut Dan Menyegarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Panas terik dekat luar tu. Berpeluh-peluh bila balik rumah lepas hantar anak-anak pergi ke sekolah. Bila musim panas ni mula la tekak rasa nak makan dessert yang manis, sejuk dan menyegarkan. Hehe. Tiba-tiba teringat ada stok serbuk agar-agar yang saya beli tempohari. So, saya pun buat la agar-agar peach oren yang sangat lembut dan sedap ni.

Agar-agar peach oren ni sangat lembut sebab ada campuran susu cair. Sesuai dimakan semasa sejuk. Lapisan merah tu saya buat supaya agar-agar kelihatan lebih cantik dan menyelerakan. Kemanisan agar-agar ni boleh di sesuaikan mengikut selera masing-masing. Jika ingin rasa yang lebih manis boleh tambahkan lagi gulanya. Terpulang la pada selera masing-masing. Tapi bagi saya, jika korang ikut sukatan yang saya buat ni dah ok rasa manisnya. Hehe.

Untuk buah peach pula, korang boleh susun dan hias mengikut kreativiti masing-masing atau boleh juga di kisar halus dan dicampurkan sekali ke dalam agar-agar ini jika suka. Puding ini sedap dan sesuai di makan dengan susu cair ataupun sos kastard. Korang wajib cuba resepi agar-agar ni tau! Selamat mencuba.

Kalau korang nak senang faham cara membuat puding peach oren ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan agar-agar peach oren:

  • 1 Tin Buah Peach
  • 1 1/2 Cawan air peach (ambil daripada tin buah peach)
  • 1 1/2 Cawan Air
  • 10 gram Serbuk Agar-Agar
  • 1/2 Cawan Gula
  • Pewarna Makanan
  • 1 Tin Susu Cair
  • 2 Sudu Besar Sunquick
  • 1 Sb Tepung Jagung + 2 Sb Air (dibancuh)

Cara-cara untuk membuat agar-agar peach oren:

  1. Asingkan buah peach dan airnya.
  2. Susun buah peach di dalam acuan mengikut kreativiti masing-masing.
  3. Masukkan air buah peach, air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk, kacau hingga sebati dan masak sehingga agar-agar menjadi likat.
  4. Kemudian, keluarkan 3 senduk agar-agar dan campurkan dengan pewarna makanan merah. Kacau sehingga rata.
  5. Tuang ke dalam acuan yang berisi buah peach tadi dan ketepikan.
  6. Panaskan semula lebihan agar-agar tadi dan masukkan susu cair, sunquick serta tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
  7. Masak agar-agar sehingga mendidih dan menjadi likat.
  8. Setelah masak, tuang semua agar-agar ke dalam acuan tadi.
  9. Boleh tambah lagi buah peach di atas agar-agar jika suka.
  10. Sejukkan agar-agar di dalam peti ais sehingga agar-agar menjadi pejal dan mudah untuk di potong. Siap!

Agar-agar Peach
agar-agar peach oren
agar-agar peach oren
agar-agar peach oren

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top