Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar?. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan sedap iaitu pulut mangga. Pulut mangga ialah salah satu dessert tradisional di Thailand. Pulut mangga ni banyak di hidangkan di kedai atau di restoran ala Thai. Sepinggan pulut mangga ni biasanya di jual agak mahal. Satu porsi tidak terlalu banyak, hanya ada satu senduk pulut, beberapa hirisan mangga dengan kuah santan. So, lebih jimat bila buat sendiri dan dapat makan berulang kali. Hehehe.
Membuat pulut mangga ni mudah je dan tidak memakan masa yang lama kecuali untuk menyediakan pulutnya. Kombinasi utamanya ialah pulut dimakan bersama kuah santan pekat yang lemak masin dan sedikit manis dipadankan pula dengan manis buah mangga, memang sangat sedap dan menarik sekali membuatkan korang boleh ketagih. Hahaha. Ada beberapa lagi resepi menggunakan pulut yang pernah saya kongsikan sebelum ini contohnya seperti serawa durian, seri muka dan sebagainya.
Ayam Brand
Dalam resepi ni saya menggunakan santan kotak dari jenama ayam brand. Saya memilih jenama ayam brand ni kerana santannya lebih pekat dan sedap berbanding santan kotak yang lain dan santan kotak ni memudahkan kerja memasak kerana saya tidak perlu lagi untuk memerah kelapa. Hanya gunting kotaknya dan tuang sahaja. Mudah bukan?? Hehe. Ianya juga menjimatkan masa saya. Jadi korang boleh dapatkannya di kedai-kedai atau di pasaraya.
Biasanya pulut mangga hanya bewarna putihkan? Tapi kali ini saya letakkan beberapa warna untuk nampak lebih menarik. Anak-anak saya sangat teruja apabila melihat pulut yang bewarna-warni ni dan mereka tak sabar untuk menikmatinya. Hehehe. Jadi, terpulang kepada citarasa masing-masing samada ingin letak pewarna atau di biarkan kosong sahaja. Di Thailand, pulut mangga ini dihidangan dengan taburan sejenis kacang, tapi kalau tak ada, korang boleh gantikan dengan bijan yang disangai tanpa minyak dan taburkan di atas pulut mangga. Buah mangga pula boleh digantikan dengan buah naga, pisang atau buah-buahan lain yang sesuai mengikut selera korang sendiri. Okay, selamat mencuba semua!
Tapi sebelum tu, kalau korang nak senang faham cara membuat resepi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan pulut mangga:
Bahan-bahan untuk pulut:
- 2 Cawan Beras Pulut
- Air
- Pewarna Makanan (Pilihan- Tidak Wajib)
- 1 Kotak Santan Kelapa Ayam Brand
- 50ml Air
- 1/2 Cawan Gula
Bahan-bahan untuk kuah santan:
- 1 Kotak 200ml Santan Kelapa Ayam Brand
- 1 Sudu Besar Tepung Beras
- 1 Sudu Besar Air
- 1/2 Sudu Kecil Garam
Cara-cara untuk membuat pulut mangga:
- Basuh beras pulut sehingga bersih, bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan air serta pewarna makanan yang disukai. Rendam beras pulut semalaman.
- Bila beras pulut dah kembang, toskan airnya dan kukus selama 30 minit.
- Kemudian, masak santan bersama air, gula dan garam sehingga gula hancur.
- Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan santan yang telah di masak tadi sehingga pulut tenggelam dan gaul rata.
- Tutupkan mangkuk dengan aluminum foil dan tindihkan pula dengan pinggan supaya wap tidak keluar. Ulangi proses ini untuk keempat-empat bahagian pulut. Biarkan selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, balik-balikkan pulut untuk meratakan santan. Tutup semula mangkuk, dan biarkan lagi selama 20 minit. Ulang proses ini untuk kesemua bahagian pulut.
- Sementara itu, sediakan kuah santan pula. Masak santan dengan tepung beras yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam secukupnya.
- Masak kuah santan dengan api yang kecil sehingga likat.
- Hidangkan pulut bersama mangga manis dan tuangkan kuah santan di atas pulut. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo