Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Kuih tart nenas atau biskut tart nenas memang menjadi kegemaran ramai. Biskut tart ni sangat sinonim dengan perayaan, tak kira la Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali kuih tart ni pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Walaupun sekarang ada bermacam-macam jenis biskut lain, namun biskut tart nenas ni memang menjadi pilihan wajib saban tahun di setiap rumah. Tidak hairan la jika penjual biskut tart ni mendapat tempahan beribu biji setiap tahun di musim perayaan. Ini termasuklah mak saya yang menjual biskut raya di kampung suatu ketika dahulu. Biskut tart nenas ni antara biskut mak saya yang laku keras. Hehe.. Permintaannya memang sangat banyak setiap tahun apabila menjelang Hari Raya. Sampai tak memang tangan la waktu tu nak siapkan tempahan. Kami adik beradik pun selalu tolong mak buat biskut tart nenas ni masa tu. Hehe..
Jadi atas permintaan ramai, kali ni saya nak kongsikan resepi tart nenas yang sedap, lembut dan cair dimulut. Resepi ini susah tentulah resepi yang saya pelajari dari mak saya. Hehe.. Resepi biskut tart nenas ni boleh juga digunakan untuk membuat tart blueberry. Dalam resepi ini saya buat tart gulung, korang boleh juga membuat pelbagai bentuk tart mengikut kreativiti dan kesukaan masing-masing.
Inti untuk tart nenas ni saya gunakan inti yang dibeli siap di kedai. Tapi untuk mendapatkan inti yang lebih sedap dan tahan lama, saya masak semula inti tersebut dengan tambah gula secukup rasa dan sedikit air kerana selalunya inti yang dibeli ni agak masam sedikit. Masak inti dengan menggunakan api yang kecil sehingga kering. Tapi kalau korang rajin, boleh juga buat inti nenas sendiri, sudah tentu la rasanya lagi sedap. Adunan tart nenas gulung ni dapat menghasilkan lebih kurang 90 biji tart. Jadi, korang boleh cuba buat resepi ni untuk merasai sendiri keenakkannya. Selamat mencuba!
Kalau korang nak senang faham cara membuat biskut tart nenas gulung ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video menarik, mudah dan best kat situ serta jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Biskut Tart Nenas Gulung:
- 250 Gram Mentega
- 2 Sudu Besar @ 20 Gram Gula Aising
- 1 Kuning Telur
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanila
- 2 Sudu besar @ 16 Gram Tepung Kastard
- 2 Sudu Besar @ 16 Gram Tepung Jagung
- 400 Gram @ 3 1/2 Cawan Tepung Gandum
- Inti Nenas Segera Secukupnya
- Kuning telur pewarna makanan
Cara-Cara Untuk Membuat Biskut Tart Nenas Gulung:
- Campurkan mentega, gula aising, telur dan esen vanila ke dalam mangkuk dan pukul sebati dengan menggunakan senduk sahaja. Tak perlu pukul sehingga kembang.
- Masukkan tepung kastard, tepung jagung n tepung gandum yang telah diayak dan gaul sehingga sebati sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
- Kemudian, ambil sedikit adunan tepung dan masukkan ke dalam acuan tart gulung dan tekan atas tray atau dulang pembakar. Boleh juga buat bentuk lain mengikut kreativiti masing-masing.
- Letak inti nenas di atasnya dan gulungkan. Buat sehingga adunan habis.
- Pukul telur dengan sedikit pewarna makanan kuning dan sapukan ke atas permukaan tart.
- Bakar pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan. Siap untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo