Roti Tanpa Yis (Flatbread)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi roti ni sangat mudah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Cuma memerlukan sedikit masa untuk mengulinya sehingga lembut dan kenyal untuk mendapatkan hasil roti yang lembut dan sedap. Kalau yang ada mixer tu lagi senang, boleh guna mixer untuk menguli roti. Kalau tak ada uli je la sampai sado tangan tu.. Hehe.. Roti ni saya buat plain je. Boleh tambahkan apa-apa bahan di dalamnya seperti bawang putih yang dicincang halus, oat, daun sup, daun bawang, parsli atau apa sahaja yang sesuai untuk kelainan rasa pada roti serta ikut kreativiti masing-masing.

Roti ni perlu dibakar di atas kuali dengan menggunakan api yang sederhana supaya masak sehingga ke dalam dan tidak mudah hangit. Roti ni sedap di makan dengan sambal tumis, rendang, tuna, sardin, kaya, nutella atau apa sahaja ikut la selera masing-masing dan ianya sedap di makan semasa panas-panas. Walaupun tanpa menggunakan yis, ianya tetap lembut jika cukup ulinya. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara penyediaan roti ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Roti:

  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 50 gram Mentega (Cairkan)
  • 1/2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • 3/4 Cawan Susu Segar

Cara-Cara Untuk Membuat Roti:

  1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan mentega cair, minyak masak dan garam.
  3. Gaul bahan-bahan ni sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Masukkan susu segar, uli sehingga sebati. Masa ni boleh tambah sedikit tepung jika adunan terlalu lembik.
  5. Adunan ni perlu diuli sehingga doh menjadi lembut, kenyal dan tidak melekat pada tangan.
  6. Kemudian, tutup doh dah rehatkan selama 30 minit.
  7. Selepas doh direhatkan, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian.
  8. Canai atau leperkan doh lebih kurang 2-3mm atau mengikut ketebalan yang sesuai.
  9. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  10. Bakar doh menggunakan api sederhana sehingga masak kedua-dua bahagian. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top