Sambal tauhu ikan bilis bersama fucuk

Resepi oleh: TheSisters Cookingproject

Kali ni saya share resepi dari ahli group buat orang lapo.. ? makan dengan nasi panas2 sedap sambal ni.. makan dengan nasi lemak pun best! Jom tengok resepi sambal tauhu ikan bilis ni..

image

Bahan-bahan:

  • 5 keping tauhu  (potong & goreng)
  • Segenggam ikan bilis ( goreng )
  • Segenggam kacang tanah ( goreng )
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • Sedikit belacan
  • Fucuk (rendam)
  • Garam
  • Gula merah

Bahan blend:

  • Cili kering
  • Cili api
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang di kisar sampai garing
  2. Masukkan belacan dan kiub ikan bilis. Gaul rata.
  3. Masukkan fucuk, bawang potong bulat dan juga gula merah. Gaul semua bahan.
  4. Kemudian masukkan tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Kemudian masuk kacang tanah.
  5. Last sekali perasakan dengan garam. Siap!!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply