chocolate cupcake filled with cheese

Chocolate Cupcake Filled with Cheese

Assalamualaikum. Nampak video chocolate cupcake kat facebook rasa meleleh pulak nak makan manis2 ni. Heh. Dah berminggu postpone nak buat cupcake ni. Akhirnya tercapai jugak hasrat. Dah selalu buat chocolate moist cake. Tapi hari ni chocolate cake ni tambah dengan cheese. Lagi sedap. Lagi menyelerakan. So hari ni saya kongsikan cara untuk membuat chocolate cupcake filled with cheese.

Buat cupcake cara ni memang senang. Anak-anak pun bole try buat. Tapi kena ade pengawasan orang dewasa la. Ok jom kita tengok resepi kat bawah ni. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

IMG_0919

Bahan-bahan chocolate cupcake:

Bahan A:

  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B:

  • 1 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esens vanila

Bahan C:

  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu cair/susu segar
  • Bahan D:
  • 1/2 cawan air panas

Cara-cara membuat chocolate cupcake:

  1. Satukan semua bahan-bahan A. Kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih. Masukkan bahan C. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Gunakan keadah kaup balik dengan spatula.
  4. Tambahkan air panas dan gaul rata.
image
Ini adunan coklat yang telah siap.
  1. Lepas dah siap buat adunan coklat, kita buat cheese untuk filling pulak.

Bahan-bahan untuk filling:

  • 250 gram cream cheese
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan cream cheese dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan telur dan kacau sebati.
image
Ini adunan cheese yang dah sebati
  1. Seterusnya, masukkan 1-2 sudu adunan coklat ke dalam cup muffin. Masukkan pula 1 sudu adunan cheese. Masukkan lagi adunan coklat supaya menutupi cheese. Pastikan letak adunan lebih kurang 3/4 daripada cup. Jangan terlalu penuh. Takut adunan melimpah masa dibakar.
image
Buat macam ni sampai siap
  1. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°c selama 20-25 minit.

Tadaaa..! Siap dah. Begini la rupa cupcake chocolate cheese. Penggemar cheese memang wajib cube resepi ni. Senang dan sedap!


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top