Selalunya saya gunakan kaya Yeo's. Tapi kena simpan kat dalam peti ais dulu beberapa jam supaya kaya ni keras sedikit. Senang nak masukkan dalam doh nanti. Kalau buat pau kacang merah, saya beli inti kacang merah yang dah siap2 dijual di bakery. Senang.. hehehe.. tapi kalau buat inti kacang merah sendiri lebih sedap. Yang tu nanti saya buat post yg lain cara2 untuk buat inti kacang merah.
Buat pau kali ni, saya guna tepung rose. Selalunya tepung rose ni digunakan untuk buat biskut. Tapi boleh jugak digunakan untuk buat kek@kuih macam kuih pau ni. Pau akan jadi lebih lembut walaupun dah sejuk.
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 cawan tepung gandum/tepung pau/tepung superfine
- 1 sudu besar yis
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil bread softener (optional)
Cara-cara:
- Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar. Gaul bersama susu pekat, minyak masak, garam dan juga bread softener.
- Masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh kenyal dan licin. Pastikan doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
- Rehatkan doh sekejap. Lebih kurang 10-15 minit.
- Leperkan doh dan masukkan inti. Tutup inti dengan rapat.
- Alaskan doh dengan daun pisang@plastik@kertas minyak. Perap lagi doh lebih kurang 30 minit sehingga mengembang elok.
- Bila dah kembang, kukus selama 10 minit. Pastikan kukus dipanaskan terlebih dahulu.
Â
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.