Assalamualaikum..
Hari ni saya masak ikan cencaru sumbat sambal. Ikan cencaru ni memang sedap dibakar sebab kulitnye yang agak keras. So bila kita bakar dengan kulitnye, isi ikan ni tetap lembut.
Boleh gunakan resepi ni untuk ikan cencaru bakar @ goreng. Kali ni saya buat goreng sebab suami lebih suka ikan goreng. Kalau bakar, boleh sediakan sekali air asam untuk pencicah. Confirm makan sampai menjilat jari. Boleh tengok video di bawah ni untuk cara penyediaan resepi. Hehe..
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan cencaru
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak untuk mengoreng
Bahan untuk sambal:
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit minyak untuk menumis
- *10-15 tangkai cili kering – buang biji dan rebus sebentar
- *4 ulas bawang putih
- *2 biji bawang merah besar
- *1 inci belacan bakar
- *1 inci halia
- *1 batang serai
Cara-cara:
- Ikan cencaru, di siang dengan cara belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
- Gaulkan dengan garam dan kunyit. Ketepikan. (Lebih sedap kalau guna kunyit hidup yang ditumbuk untuk perap ikan)
- Kisar @ tumbuk kesemua bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan garing.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sambal pekat dan kering.
- Setelah sambal sejuk, sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi. Sumbat di kedua-dua bahagian belahan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Gunakan minyak sedikit saja supaya sambal tak terkeluar semasa ikan digoreng.
- Balikkan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan.
Sedia di hidangkan
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.