Assalamualaikum. Lagi seminggu nak raya ni jom kita pakat buat biskut raya pulak. Kali ni saya nak kongsi resepi biskut red pearl @ red pearl cookies. Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama biskut ni. Saya sendiri pun tak pernah dengar nama biskut ni sebelum ni. Hehe.. Ada sekali saya nampak orang kongsi resepi biskut ni kat Facebook(tak ingat nama). Tengok bahan-bahan untuk buat biskut ni sedap-sedap. Cara nak buat pun senang sangat. Lepas tu saya cuba Google cari resepi red pearl. Dalam banyak-banyak resepi tu saya rasa resepi ni yang paling sedap.
Kalau korang penggemar Cornflakes, korang wajib buat biskut ni sebab memang sedap sangat. Dalam biskut ni ada campuran Cornflakes, badam dan coklat cip. Kombinasi bahan yang akan membuatkan biskut ni jadi rangup. Kalau korang nak cuba jom tengok resepi biskut red pearl ni..
Bahan-bahan :
- 300gm butter
- 300gm tepung gandum @ tepung rose
- 150gm gula halus @ gula kastor
- 120gm cornflakes
- 100gm coklat cip
- 50gm almond nibs
- 1st esen vanila
- ceri merah (untuk hiasan)
Cara-cara :
- Satukan butter, gula dan esen vanila di dalam mangkuk besar. Gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata menggunakan senduk kayu. (Tak payah pukul sampai kembang untuk mengelakkan biskut leper selepas di bakar)
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Masukkan cornflakes, badam dan cip coklat. Gaul rata.
- Bulat-bulatkan @ sudukan atas dulang pembakar.
- Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi.
- Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan suhu 170°C selama 20 – 25 minit. (bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing)
- Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Ok siap dah.. Kalau korang kaki biskut raya, kena buat biskut ni dah nak dekat raya nanti. Kalau buat awal confirm tak sempat raya. Kena buat 2 3 adunan baru cukup. ?
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.