ayam goreng kunyit

Ayam Goreng Kunyit Simple

Assalamualaikum. Lunch hari ni simple je.. Ayam goreng kunyit. Mudah, cepat, lazat. ? masak ni je dah cukup dah. Tak payah masak sayur sebab dah ada sayur kat dalam ayam. Hehe.. Adik-adik yang baru nak belajar masak tu boleh cuba resepi ni sebab memang senang. Campak-campak je dah siap. Yang dah terer masak pun boleh cuba jugak. ? ok la jom tengok resepi ayam goreng kunyit ni..

ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul ayam dada – potong kecil
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 batang kacang panjang – potong 2 inci
  • 1 biji bawang besar/holland – hiris
  • 4-5 biji cili padi @ 1 biji cili besar – hiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak.
  3. Kemudian kecilkan api dan keluarkan sedikit minyak jika minyak terlalu banyak.
  4. Masukkan bawang putih dan teruskan mengacau.
  5. Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili. Taburkan serbuk perasa jika suka. Kacau sehingga ayam masak dan kacang sedikit layu. Angkat dan hidangkan.

Senangkan hidangan bujang.. Hehe. Selain kacang panjang, korang boleh jugak tambah carrot jika suka. Carrot akan menambahkan lagi keceriaan dan khasiat dalam hidangan korang. ? ok selamat mencuba.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top