Seri Muka Pandan

Assalamualaikum. Hari ni nak buat kuih tradisional sikit. Kuih seri muka pandan. Kuih ini adalah kuih kegemaran suami saya. Dulu memang saya tau makan je kuih ni. Buat tak tau. Hehe. Tapi sebab kuih ni di request oleh suami, saya belajar la buat. Anak saya pun suka tapi dia makan bahagian pulut je. Atasnya tak suka pulak ?

kuih seri muka

Kuih seri muka ni ada beberapa jenis. Seri muka pandan, seri muka gula melaka, etc.. Kali ni saya nak share resepi seri muka pandan. Yang lain-lain belum cuba lagi. Insya Allah next entry saya cuba buat seri muka lain pulak.

Dulu masa mak saya berniaga, dia selalu jugak buat kuih ni. Seri muka antara kuih yang paling laris kat warung dia. Ramai customer dia lebih suka seri muka gula melaka. Tapi selalunya mak saya akan guna gula kabung Pahang untuk ganti gula melaka. Rasanya lebih sedap. Masa tu dia still jual kuih rm1 = 4 keping. Sekarang rasanya mungkin seketul 50sen. Memang mahal. Kalau ada masa tu, lebih baik belajar buat sendiri. Boleh makan banyak. Jom kita belajar..

kuih seri muka

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

  • 1 1/2 cawan beras pulut putih (direndam 2-3 jam)
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Bersih dan toskan beras pulut yang telah direndam tadi.
  2. Alaskan loyang dengan plastik.
  3. Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang.
  4. Gaul sedikit untuk meratakan garam.
  5. Kukus selama 25-30 minit.
  6. Setelah masak, tekankan pulut supaya mampat dan padat di dalam loyang. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

  • 3 cawan santan pekat (dikisar bersama 4-5 helai daun pandan. Tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula sekejap sehingga gula sedikit hancur.
  2. Masukkan santan, pewarna hijau dan garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau sehingga tepung hancur dan sebati.
  4. Tapiskan adunan ke atas pulut yang telah di kukus tadi.
  5. Kukus selama 30-45 minit @ sehingga masak. Cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat menandakan lapisan atas telah masak.

Nota:

  • Lapkan penutup pengukus sesekali semasa mengukus supaya air wap tidak jatuh ke atas kuih @ balutkan penutup dengan kain.
  • Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong supaya kuih mudah di potong.

kuih seri muka kuih seri muka kuih seri muka kuih seri muka


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply