Assalamualaikum. Saya teringin sangat nak makan kek coklat lava bila asyik tengok kat video YouTube dan TV orang buat kek lava ni. Tengok lelehan coklat dalam kek tu. Pergh!!!! Siapa tengok memang terliur la. Rugi kalau tak cuba kek lava ni. Memang sangat sedap terutamanya kalau korang penggemar coklat. Memang wajib cuba resepi ni.
Tengok semua bahannya mudah je. Dah ada pun semua bahannya kat dapur. Tapi satu bende yang saya tak ada, bekas untuk membakar kek ni. Hehe. Jadi terpaksa la postpone buat kek ni. Sebab kek ni tak boleh dibuat dalam bekas kek yang biasa. Kena guna bekas aluminium foil saiz kecik lebih kurang sebesar cupcake atau pun bekas ramekins. Sebabnya kek ni sangat lembut dan mudah pecah bila nak di terbalikkan. Guna bekas yang kecil akan memudahkan kita untuk menanggalkan kek lava ni daripada acuannya. Kalau nak senang faham tengok video kat bawah ni. hehe..
Bahan-bahan Kek coklat lava:
- 100g coklat masakan
- 5 sudu besar butter
- 2 biji telur A
- 1 biji kuning telur A
- 3 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 sudu besar tepung gandum (diayak)
- 2 sudu besar serbuk koko (diayak)
Cara-cara :
- Cairkan coklat masakan bersama butter secara double boiled. Ketepikan
- Pukul gula, telur dan esen vanila bersama dengan menggunakan whisk.
- Masukkan coklat yang telah dicairkan. Kacau lagi.
- Masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Kacau sehingga sebati.
- Sediakan bekas ramekin. Sapukan ramekin dengan mentega. Kemudian taburkan sedikit serbuk koko@tepung sehingga rata di dalam bekas ramekin.
- Masukkan adunan ke dalam bekas ramekin. Kemudian simpan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku selama 10 minit. Sementara tu bole panaskan kukus atau oven.
- Kalau nak guna kukus, kukus selama 7-8 minit guna api sederhana. Kalau guna oven, bakar selama 13-14 minit pada suhu 180°C.
- Terbalikkan kek yang telah masak ke atas pinggan semasa panas. Kemudian boleh la menikmati kesedapan kek coklat lava ni semasa panas.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.