Salted Popcorn with Chocolate and Nuts (Popcorn Masin bersalut Coklat dan Kacang) 

Assalamualaikum..

Minggu lepas saya pergi ke bakery untuk mencari sedikit bahan-bahan untuk membuat kuih dan kek. Dalam pada mencari bahan-bahan tu sambil pusing-pusing bakery, saya terjumpa la bertih jagung untuk membuat popcorn. Apa yang menarik perhatian saya nak membeli bertih jagung ni sebab ada dua jenis bertih jagung iaitu ‘popcorn mushroom’ dan ‘popcorn butterfly’.

Sebelum ni saya selalu beli bertih jagung di pasaraya. Tak ada tulis jenis popcorn mushroom ataupun butterfly. Jadi saya tak pasti popcorn yang saya buat sebelum ni jenis yang mana. Jadinya saya beli kedua-dua jenis bertih jagung tersebut. Nampak sama je tapi mungkin bentuknya lepas di masak nanti berlainan.

Hari ni saya cuba buat ‘popcorn mushroom’ dulu. Boleh tengok video kat bawah ni kalau nak tengok macam mana bentuk ‘popcorn mushroom’ ni. Nampak macam lebih besar sikit daripada popcorn yang pernah saya buat sebelum ni. Oh ye.. Kalau nak tengok resepi popcorn caramel yang saya buat sebelum ni, boleh klik kat sini. Lain kali saya akan tunjukkan pula macam mana rupa ‘popcorn butterfly’ ok..

Kali ni saya nak buat popcorn masin tapi bersalut coklat. Rasa sedikit masin tu memang sedap bila digabungkan dengan rasa manis coklat. Dalam popcorn ni saya tambahkan sedikit kacang untuk bagi rasa lebih sedap. Saya gunakan kacang pecan. Dah beli beberapa minggu lepas kacang ni tapi tak tau nak buat apa. Hehe.. Jadi saya tambahkan dalam popcorn ni. Kalau nak guna kacang lain pun boleh. Terpulang kepada selera masing-masing. Cuma pastikan kacang ni dibakar@digoreng terlebih dahulu supaya rasanya lebih rangup.
Ok kat bawah ni saya kongsikan resepinya. Resepi ni sangat senang. Lepas ni tak payah nak beli popcorn mahal-mahal lagi dah. Boleh buat sendiri je kat rumah.

Kalau nak tengok kemeriahan popcorn ni meletup “pop pop”, boleh tengok video kat bawah ni ok..

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan bertih jagung
  • 5-6 sudu minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 200gram coklat
  • 1/2 cawan kacang pecan (bakar/goreng sehingga garing)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Masukkan bertih jagung. (gunakan api kecil)
  2. Masukkan garam dan kacau sedikit untuk pastikan semua jagung terkena minyak.
  3. Tutup kuali. Tunggu sehingga bertih jagung meletup sehingga habis bunyi “pop”.
  4. Masukkan popcorn ke dalam bekas besar dan taburkan kacang. Ketepikan.
  5. Cairkan coklat secara double boiler.
  6. Masukkan kesemua coklat yang telah cair ke dalam popcorn tadi dan gaul sehingga rata.
  7. Ratakan popcorn di atas dulang besar. Masukkan sebentar ke dalam peti ais supaya coklat keras.

Ok dah siap.. Boleh ngap sambil tengok tv! 😅


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply