Shepherd Pie (Cottage Pie) 

Assalamualaikum..

Hari ni sesi menghabiskan kentang 3kilo yang ada kat rumah ni. Alkisah terbawa balik kentang mak mertua yang dia beli untuk dia masak kat warung dia. Guna sikit-sikit, akhirnya habis jugak. Hehe.. Last 4 biji ni saya gunakan untuk buat shepherd pie atau nama lainnya cottage pie. Sesiapa yang ada kentang banyak kat rumah tu boleh la cuba buat resepi ni. Memang sedap. Nak buatnya pun tak la susah sangat. Cuma ada banyak step. Tapi cara nak masaknya memang senang sangat.

shepherd pie

Shepherd Pie ni lebih sedap di makan semasa panas. Tapi sejuk pun sedap jugak dan tetap lembut. Terdapat pelbagai cara nak buat inti untuk shepherd pie ni tapi kat sini saya tunjukkan cara yang paling mudah dan senang untuk dibuat. Terpulang kepada selera masing-masing untuk menambah apa-apa bahan di dalam inti ini. Cara untuk membuat kentang lenyek pula sama seperti kentang lenyek yang biasa kita makan kat KFC tu. Boleh guna resepi ni untuk dimakan bersama ayam goreng ala KFC ok.. Hehe..

Untuk memudahkan korang membuat shepherd pie ni, boleh tengok video kat bawah ni dulu ok..

Bahan Kentang Lenyek:

  • 4 biji kentang
  • 1 sudu besar butter
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 4-5 sudu susu segar (boleh tambahkan atau kurangkan)

Bahan Inti:

  • 300gram ayam @ daging cincang
  • 2 sudu butter
  • 1 ulas bawang besar (didadu)
  • 3 ulas bawang putih (didadu)
  • 1 biji tomato (didadu)
  • 150 gram tomato puree
  • Cendawan butang (dihiris)
  • Daun ketumbar/bawang/sup
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano/mixed herb
  • Garam

Cara-cara membuat Kentang Lenyek:

  1. Kupas kulit kentang, potong kepada beberapa bahagian dan rebus kentang sehingga lembut. Bila dah lembut, angkat dan toskan.
  2. Lenyekkan kentang semasa masih panas sehingga hancur.
  3. Masukkan butter, lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga mendapat struktur yang di inginkan (lembut ala-ala kentang lenyek KFC gitu.. 😁).

Cara-cara membuat Inti:

  1. Panaskan butter. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam @ daging cincang. Kacau rata sehingga ayam @ daging separuh masak.
  3. Masukkan  tomato puree. Tambahkan lada hitam, oregano/mixed herb dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masukkan cendawan. Kacau sebentar.
  5. Kemudian masukkan tomato yang didadu. Kacau sebentar sehingga tomato sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar/bawang/sup dan kacau sehingga rata.

Cara-cara membakar:

  1. Letakkan inti separuh bekas. Boleh letak dalam bekas kecil-kecil atau 1 loyang yang besar.
  2. Letakkan kentang lenyek di atas inti tadi sehingga penuh. Lorek-lorekkan kentang.
  3. Bakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 180°c atau sehingga permukaan atas nampak keperangan.

Siap untuk dihidangkan. Sedap makan semasa panas.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply