Roti Pizza Simple dan Sedap

Assalamualaikum. Ok hari ni saya nak kongsikan resepi yang paling senang di dunia tapi tetap sedap iaitu roti pizza. Hehe. Anak-anak pun boleh buat sendiri kat rumah ni. Siapa yang teringin nak makan pizza dengan harga yang murah boleh la cuba resepi ni. Pizza ni tak payah pakai doh pun. Pakai roti je. Kalau nak makan pizza ala-ala Pizza Hut tu kena la belajar buat doh dulukan.. Lain kali saya kongsikan pulak resepi buat doh pizza. Tapi kali ni kita buat pizza yang super simple dan senang ni dulu. Resepi campak-campak je ni.. Hehe.. Tengok bahan-bahan pun saya tak letak sukatan sebab korang boleh letak seberapa banyak pun bahan yang korang suka.

Ok dalam resepi ni saya gunakan 2 jenis cheese iaitu cheddar dan mozzarella cheese. Nak guna cheddar cheese je pun boleh sebab mozzarella cheese tu agak mahal. Tapi kalau nk effect cheese tarik-tarik macam Pizza Hut tu boleh la letak mozzarella cheese. Nak guna cheese lain pun boleh. Lagi banyak cheese lagi sedap. Untuk topping pulak, boleh letak apa-apa topping kegemaran masing-masing. Boleh letak sosej, cendawan, crab stick, bawang, lada besar, capsicum, nenas, ayam, peperroni.. Macam-macam lagi la ikut selera masing-masing. Cuma kalau letak bahan yang lambat masak macam ayam, pastikan rebus dulu ayam tu separuh masak. Ok boleh tengok dulu video kat bawah ni untuk cara2 penyediaan dia supaya lebih mudah faham.

Bahan-bahan Roti pizza:

  • Beberapa keping roti (saya guna Gardenia)
  • Sedikit air
  • Sos Spaghetti/Tomato puree
  • Topping kegemaran masing-masing
  • Cheddar cheese
  • Mozzarella cheese

Cara-cara :

  1. Letakkan roti ke dalam loyang pembakar.
  2. Renjiskan roti dengan air supaya roti kekal lembut apabila dibakar.
  3. Sapukan sos spaghetti ke atas roti.
  4. Letakkan bahan-bahan topping.
  5. Akhir sekali parut Kan cheddar dan mozzarella cheese.
  6. Bakar roti selama 15-20 minit pada suhu 160°C atau sehingga garing.

Siap untuk dihidangkan..

roti pizza roti pizza

 


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply