Kek Marble Gebu dan Mudah
Assalamualaikum. Kek yang tersangat senang dan confirm menjadi yang saya nak buat hari ni iaitu kek marble. Kek ni memang sangat lembut dan gebu walaupun tanpa menggunakan baking powder dan soda bikarbonat. Penggunaan ovelatte dalam kek ni yang akan menggebukan kek ni. Tapi still ok kalau nak guna tepung kek yang dah sedia ada serbuk penaik.
Saya pernah kongsikan resepi kek marble kukus. Bole tengok resepinya disini. Kali ni saya buat kek marble bakar pulak dengan menggunakan oven. Belang-belang koko tu boleh digantikan dengan warna dan perisa lain seperti pandan atau strawberi ikut kesukaan memasing ok.
Ok jom tengok video cara nak buat kek ni ok.. Senang yang teramat sangat. Pada sesiapa yang baru nak belajar buat kek tu boleh cuba buat kek ni.


Bahan-bahan Kek Marble:
- 5 biji telur
- 180 gram gula kaster
- 220 gram tepung gandum
- 2 sudu besar ovalette
- 50 ml susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 150 gram butter (cairkan)
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara :
- Masukkan kesemua bahan kecuali butter dan serbuk koko ke dalam mangkuk pengadun.
- Putarkan bahan-bahan tadi sehingga betul-betul gebu.
- Masukkan butter yang telah dicairkan. Gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan koko ke dalam 1 bahagian adunan.
- Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
- Bakar pada suhu 160°C selama 45 minit.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Salam sis nazatul. Sy dh try buat mmg sedap. Cuma sy buat versi pandan. Tapi mendap n basah skit. Maybe sbb sy guna CECAIR perisa pandan n pewarna ke? Sbb resepi sis guna SERBUK coklat
Wsalam. Mungkin jugak. Ataupun mungkin tak cukup pukul. Btw, tq sudi mencuba ?
Kalau guna tepung kek kena pakai ovalette juga ke?
Iye kena guna.
kalau pakai saiz acuan Loyang 250mm x 160mm x 100mm boleh ke,,acuan roti gebu,,
sy rasa mcm tak muat kot. kecik sikit. kalau buat 2 loyang tu ok.
Assalamualaikum akak.. Saya dah cuba buat & balik² buat, sedap. Buat utk raya masatu, kembang idong kena puji. Sedap sangat. Lembut. ??
Waalaikumussalam.. hehe.. alhamdulillah.. memang senang sgt kan buat kek ni. Dan senang nak jadi. ????
Kali ni Berjaya!! Terima kasih!!!
Yea.. alhamdulillah ??? sama2.
Terima kasih!! Nanti I cuba lagi! 🙂
Sama-sama. ?
Salam sis! I nak tanya sebab tahun lepas I try recipe ni tapi kek dia tak naik. Bantut. Tak perlu Guna baking powder ke?
Waalaikumussalam. Mungkin tak cukup pukul kot. Kek ni dh letak ovalet. So tak perlu baking powder. Ovalet akan bantu kek naik n jd gebu.
Salam! Tak sabar nak Cuba ni! Boleh tahu saiz loyang Kek?
Wsalam… Loyang sy size 8.. Bole la buat raya nnt. ?
Assalamualaikum wrwb..mmg.senang saje nampak.,tapi mengapa kek saya jadi bantut..tak fluffy.,wlpon ikut resepi nya..
Tk
Pn.Rahimah
Waalaikumusalam.. Mungkin mase pukul tu tak cukup gebu ataupun mase masuk butter tu gaul terlebih sangat. Butter gaul guna spatula je. Kaup balik perlahan2.