Ayam Percik Merecik

Assalamualaikum. Mencari idea untuk masak hari-hari ni kadang-kadang memang memeningkan. Bukan pening sebab sakit kepala. Tapi pening nak fikir menu apa nak masak ?. Kalau asyik masak menu yang sama pun boring jugakkan. Hari ni saya belek buku resepi nak cari idea masak untuk tengah hari ni. Terjumpa resepi ayam percik yang simple dan senang nak buat. Tengok gambar pun nampak menyelerakan. So saya cuba buat dan kongsikan resepinya untuk entry kali ni.

Sebelum tu jom layan dulu video yang saya sediakan kat bawah ni.

Bahan-bahan Ayam Percik :

  • 5 ketul ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu besar halba
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar :

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 10 tangkai cili kering

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan kisar, ayam, santan, air asam jawa dan halba ke dalam kuali.
  2. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  3. Masak sehingga kuah pekat. (lebih kurang tinggal separuh kuah)
  4. Keluarkan ayam dan bakar ayam tadi sehingga garing bersama sedikit kuah.
  5. Tuang lebihan kuah tadi ke atas ayam untuk dihidangkan.

Ha senangkan? Dah la senang, sedap pulak tu. Hehe.. Jom makan!!

ayam percik

ayam percik


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top