Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang simple dan sedap. Mungkin korang selalu jumpa roti puri ni kat kedai mamak kan.. Hari ni saya nak tunjukkan cara macam mana nak buat roti puri ni. Memang sangat-sangat senang nak buatnya. Makan panas-panas lagi sedap. 1 adunan ni cukup untuk makan 2@3 orang je kalau tengah panas-panas tu. Sedap dan rangup. Kena pulak dengan sambal. Perghh!! Memang tak pandang kiri kanan dah. Hehe.. Makan dengan kuah kari pekat pun sedap. Kali ni saya buat sambal sardin sebagai pencicah roti puri ni.
Kalau nak tahu macam mana cara nak buat roti puri ni jadi kembang bulat comel tu, boleh tengok video kat bawah ni ok..
Bahan-bahan Roti Puri:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh yis
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 cawan air suam
Cara-cara :
- Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
- Perap selama 15 minit.
- Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan. Lenyekkan dengan penggelek.
- Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya). Goreng sampai agak kekuningan.
- Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal atau kari.
Nota:
- Goreng satu per satu supaya lebih senang.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.