Assalamualaikum. Siapa yang suka makan brownies? Ha sebelum ni saya pernah kongsikan resepi brownies coklat dan brownies kedut. Kali ni saya kongsikan pula resepi nutella brownies. Kalau sesiapa yang nak resepi brownies coklat yang mudah dan sedap boleh klik kat sini. Untuk resepi brownies kedut pula boleh klik kat sini. Ada jugak resepi nutella cupcake saya pernah buat sebelum ni. Nutella cupcake yang cuma guna 3 bahan je. Boleh klik kat sini untuk tengok resepinya. Memang sangat sedap walaupun cuma guna 3 bahan je. Tak rugi mencuba.
OK berbalik kepada resepi nutella brownies ni tadi, saya rasa brownies ni antara spesis-spesis kek yang tersangat mudah nak disediakan sebab tak perlu menggunakan mixer. Kacau pun ala-ala je. Tak perlu sampai sado tangan. Hehe.. Cuma bila menggunakan nutella, kosnya agak mahal la sikit. Mungkin korang boleh beli nutella ni masa offer la kan kalau nak buat banyak. Tapi walaupun agak mahal, kesedapnya memang ternyata. Peminat nutella wajib cuba resepi ni.
Jom tengok video resepi nutella brownies yang saya buat kat bawah ni. Kalau nak dapatkan macam-macam lagi video resepi dari “buat orang lapo”, boleh subscribe YouTube Channel kami ok.. ??
Bahan-bahan Nutella Brownies :
- 1 1/2 cawan nutella
- 7 sudu besar mentega (dicairkan)
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula perang
- 3/4 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara :
- Cairkan nutella sedara double boil.
- Masukkan mentega yang telah dicairkan. Ketepikan.
- Di dalam bekas lain, pukul telur bersama gula perang.
- Masukkan nutella yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
- Masukkan pula tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu). Kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°C selama 35-40 minit atau sehingga masak.
Nota:
- Jangan bakar terlalu lama untuk mendapatkan brownies yang lembut dan moist.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.