Molten Chocolate Cake (a.k.a Kek Coklat Lava Viral)

Assalamualaikum.. Sejak kebelakangan ni kek coklat lava menjadi viral kat media sosial. Ramai yang nak mencuba buat kek coklat lava ni sebab nampak sangat sedap dan mewah dengan coklat. Actually cara ni bukan la kek coklat lava yang original. Tapi atas permintaan ramai, saya buat la kek ni untuk tontonan semua. Hehe.. Boleh search original cara buat kek coklat lava yang pernah saya kongsikan sebelum ni kat sini. Disebabkan ini bukanlah cara yang sebenar untuk buat kek lava, jadi saya letak nama molten chocolate cake untuk resepi ni.

Untuk penyediaan kek kali ni, saya gunakan tepung kek coklat segera sebab lebih mudah untuk membuatnya dan dah tentu rasanya pun sedap. Kalau tak nak guna tepung segera, boleh search resepi kek coklat yang saya pernah buat kat sini atau guna mana-mana resepi kek coklat yang lain. ??

Apa yang best tentang molten chocolate cake a.k.a kek coklat lava ni ialah lelehan coklat yang banyak dan nampak sangat mewah. Sebenarnya kek ni lebih kurang kek coklat dengan topping coklat je. Cuma topping coklatnya kita letak dengan banyak di tengah-tengah kek tersebut. Jadi, untuk membuat molten chocolate cake ni, perlu menggunakan loyang @ bekas yang berlubang ditengahnya. Kalau tak ada bekas yang berlubang, boleh je la buat lubang sendiri bila kek dah masak. Hehe..

Sebelum buat kek ni, boleh la layan dulu video molten chocolate cake kat bawah ni. Lepas tengok ni confirm meleleh.. Hehe.. Enjoy!!

Bahan-Bahan Molten Chocolate Cake:

  • Adunan kek coklat segera (saya guna jenama Nona)
  • 400 gram coklat masakan
  • 300 ml dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Sediakan kek coklat mengikut arahan yang ada pada bekas@kotak kek.
  2. Untuk topping, cairkan coklat masakan bersama whipping cream secara double boil.
  3. Setelah kek masak, tuangkan topping ke dalam lubang di tengah kek sehingga penuh. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • gunakan bekas yang berlubang ditengah untuk mengukus @ bakar kek.
  • boleh tambah@kurangkan whipping cream mengikut kepekatan yang dikehendaki.
  • jika topping terlebih cair, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk untuk memekatkan kembali coklat tersebut.
  • boleh gantikan whipping cream dengan susu cair.

Sebelum mencuba, jom cuci mata lagi dengan gambar-gambar molten chocolate cake leleh ni.

molten chocolate cakedsc_5893-01782162033.jpegdsc_5913-031754382715.jpegdsc_5932-01785769182.jpegmolten chocolate cake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top