Biskut Susu Alien | Biskut Alien Viral

Assalammualaikum.. Sejak kebelakangan ni rasanya banyak betul kisah biskut susu alien viral ni lalu lalang di wall Facebook saya. Macam-macam rupa bentuk alien ni. Memang ketawa la tengok bentuk-bentuknya. Hehe.. Saya sendiri tak pasti siapa yang mula-mula buat biskut alien ni. Mungkin sebab kecomelan biskut bentuk alien ni, ramai yang nak mencubanya. Sebenarnya resepi biskut alien ni cuma resepi biskut susu biasa. Cuma bentuknya je ditukar jadi lebih comel. Hehe.. Selain bentuk alien ni, korang boleh jugak buat apa-apa bentuk lain ikut kreativiti masing-masing. Dalam video kat bawah ni saya ada juga buat bentuk leper macam biskut susu yang biasa. 

Dulu-dulu mak saya selalu buat biskut susu ni untuk dijual masa raya. Tiap taun biskut ni antara biskut yang wajib dia buat sebab banyak permintaan daripada pelanggan. Cumanya biskut yang dia buat tu bukan la bentuk alien. Haha.. Dia buat bentuk bunga macam biskut semperit bunga dan dihias dengan ceri ditengahnya. So biskut nampak lebih cantik berbanding bentuk alien comel ni. Hehe..

Pada sesiapa yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan sedikit susu sebab bila biskut ni dimakan dengan coklat chip yang manis, akan jadi bertambah manis. Kalau tak letak coklat chip rasanya kemanisannya dah ok pada selera tekak saya. So terpulang pada citarasa masing-masing nak kurangkan susu atau tidak. Tekstur biskut ni cair dimulut, sebab penggunaan sepenuhnya tepung jagung. Memang sedap, dan rasa macam berlemak sikit. Jom kita belajar buat biskut yang sangat mudah ni. Kalau dah pandai nanti boleh buat hidangan masa raya. Budak-budak mesti tertarik tengok kecomelan alien ni. 😉 Boleh tengok dulu video kat bawah ni supaya lebih senang nak faham cara membuatnya.

Bahan-bahan Biskut Susu:

  • 3 Cawan Tepung Jagung
  • 250 gm Susu Pekat (1/2 tin)
  • 1/2 sk Serbuk Penaik
  • 130 gm Mentega
  • Pewarna Makanan
  • Cip Coklat (hiasan)
  • Gula Urai (hiasan)

Cara-cara membuat biskut susu:

  1. Gaulkan tepung bersama serbuk penaik dan susu pekat sehingga rata.
  2. Masukkan mentega. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan perwarna pada satu bahagian.
  4. Ambil sedikit doh (kedua-dua warna) dan bentukkan mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Hiasankan dengan cip coklat dan gula urai atau hiasan lain jika suka.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit.

Nota:

  • Boleh tambah atau kurangkan sedikit mentega sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.

biskut susu alienbiskut susu alienbiskut susu alien


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top