Assalamualaikum. Entry ni saya nak kongsi resepi mee goreng sedap dan mudah untuk disediakan. Rasanya lebih sedap daripada mee goreng yang ada kat kedai. Kalau tak percaya, kena la cuba dulu. Hehe. Mee goreng basah ni antara menu yang selalu saya buat bila malas masak nasi dan lauk. Kadang-kadang tu boring jugak bila asyik makan nasikan. Sesekali tukar selera la pulak. Lagipun masak mee maam ni lebih senang dan cepat sebab masak 1 je. Tak perlu masak berjenis-jenis lauk.
Nak buat mee goreng basah yang sedap ni kalau letak banyak lauk dan suyuran lagi sedap. Dalam video kat bawah ni saya cuma letak ayam, sotong dan fishcake serta beberapa jenis sayur. Terpulang la pada selera masing-masing nak letak apa-apa pun tak ada masalah. Caranya sama je. Untuk sayuran yang keras sikit seperti lobak mungkin boleh letak awal sikit supaya sayur lebih lembut. Sebelum masukkan garam dan gula, lebih baik rasa dulu kuah mee ni sebab campuran sos-sos dan kicap selalunya dah cukup rasa. So depends la kalau nak lebih rasa boleh tambah garam dan gula.
Jom tengok video tutorial kat bawah ni. Buat masak untuk berbuka puasa pun sedap ni. Hehe..
Bahan-bahan Mee Goreng Basah :
- 250 gm mee kuning
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb cili kisar
- Ayam
- Sotong
- Fishcake
- 1 Sb sos tiram
- 1 Sb kicap pekat
- 2 Sb kicap manis
- 1 Sb sos tomato
- 2 Sb sos cili
- Sedikit air
- Garam
- Gula
- Sayur (sawi, taugeh, tomato)
Cara-cara :
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga garing.
- Masukkan ayam, sotong dan fishcake. Kacau sebentar sehingga separuh masak. (Boleh tukar apa-apa lauk kesukaan masing-masing). Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
- Masukkan kesemua sos dan kicap. Tambahkan air supaya sedikit berkuah.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- Tambahkan sayur kegemaran masing-masing.
- Kacau sebentar dan kemudian terus masukkan mee. Gaul rata.
- Akhir sekali boleh tambahkan sayuran yang cepat lembut seperti taugeh dan tomato.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo