Popiah Carbonara Cheese

Resepi Popiah Carbonara Cheese

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Dah masuk minggu terakhir bulan puasa tahun ni, korang dah ready ke semua baju raya dan kuih muih untuk raya nanti? Sambil-sambil buat persiapan raya tu jom la kita bersama-sama meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadat kita supaya puasa kita lebih berkat. Dalam 10 malam terakhir Ramadan ni jom kita amalkan bacaan doa ni: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan. Maka, maafkanlah kesalahanku. Semoga kita semua mendapat keberkatan malam Lailatulqadar. Sambil-sambil baca doa tu jom tengok resepi popiah carbonara cheese ni. Hehe.

Resepi Popiah carbonara cheese ni adalah video yang pertama saya upload di YouTube semasa bulan puasa kali ni dan mendapat sambutan paling banyak berbanding resepi yang lain. So hari ni saya updatekan pula resepi ni di blog dengan penerangan yang lebih jelas. Resepi asal popiah cheese ni sebenarnya berintikan soup campbell tapi saya tukar menggunakan sos carbonara yang saya rasa lebih sedap. Tapi apa pun terpulang kepada selera masing-masing nak guna yang mana satu. Untuk sos carbonara ni saya menggunakan sos jenama Prego. Boleh juga gunakan apa-apa jenama yang lain. Buat inti popiah menggunakan sos carbonara ni sangat mudah kerana tak perlu menambah garam atau pun bahan perisa yang lain. Sos carbonara ni sendiri dan ada rasa yang cukup sedap. Naknya bulan puasa ni kita tak boleh nak rasa masakan yang kita buatkan. So popiah berintikan carbonara ni memang pilihan terbaik. Campak-campak je semua bahan dan hasilnya dan tentu sangat sedap. Hehe.

Ayam cincang pula boleh guna yang ready made ataupun guna dada ayam yang dicincang sendiri. Saya gunakan dada ayam. Rasanya lebih segar dan manis. Untuk lobak merah pula, boleh masukkan sekali ke dalam sos semasa memasak. Saya lebih suka letak lobak merah berasingan. Jangan risau lobak ni akan mentah kerana lobak akan masak dan menjadi lembut semasa popiah digoreng. Cara ni akan membuatkan lobak terasa lebih manis. Untuk gam pula, boleh gunakan telur ataupun tepung yang dibancuh dengan sedikit air sebagai pelekat kulit popiah.

Jom kita tengok video tutorial yang saya sediakan kat bawah ni. Kalau nak dapatkan pelbagai resepi terkini boleh subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo.

popiah carbonara cheese

Bahan-Bahan untuk Resepi Popiah Carbonara Cheese :

  • 1/2 Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 200gm Ayam Cincang
  • 3 Sosej
  • 300gm Sos Karbonara (1 Tin)
  • 2 Keju Cheddar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • Kulit Popiah
  • Lobak Merah (parut panjang)
  • Telur
  • Keju Cheddar

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan ayam cincang. Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak.
  3. Kemudian masukkan sosej. Kacau lagi.
  4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju.
  6. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.
  7. Sediakan kulit popiah. Letakkan inti secukupnya, sedikit lobak merah dan keju cheddar. Gulungkan popiah dengan kemas.
  8. Sapukan sedikit telur di hujung kulit popiah.
  9. Goreng sehingga kekunigan.

Popiah Carbonara CheesePopiah Carbonara CheesePopiah Carbonara Cheese


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top