Assalamualaikum..Kali ni saya cuba buat resepi cotton cheesecake 3 bahan yang pernah menjadi viral di media sosial. Dah lama jugak rasanya cheesecake 3 bahan ni menjadi viral tapi baru sekarang saya berkesempatan nak update resepinya disini. Saya tak pasti siapa yang mula-mula membuat cheesecake ni tapi apa-apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi yang mencipta resepi yang best ni. Kek ni memang lembut dan sangat gebu walaupun hanya guna 3 bahan. Cara membuatnya pun memang sangat cepat dan mudah.
Sebelum ni saya pernah membuat japanese cotton cheesecake yang original. Resepinya ada disini. Walaupun resepinya agak complicated, tapi rasanya memang sangat sedap dan hasilnya memuaskan. Tapi cheesecake 3 bahan ni tak kurang juga rasanya. Tetap sedap dan paling penting cara nak buatnya tersangat la mudah.
Untuk makluman, jumlah masa membakar kek ni lebih kurang 60 minit. Bakar menggunakan teknik waterbath (lupa nak tulis dalam video). Untuk 30 minit pertama, setkan suhu pada 160°c. Kemudian turunkan suhu kepada 150°c (tanpa membuka pintu oven) dan terus bakar lagi lebih kurang 25-30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
Setelah masak, renggangkan sedikit pintu oven dan biar kek di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada loyang. Loyang yang sesuai untuk kek ni 5@6inci sebab adunannya sikit.
Bahan-bahan Cheesecake 3 Bahan:
- 120gm Krim Keju
- 120gm Susu Pekat
- 3 biji Telur (Gred B) *asingkan kuning dan putih telur
Cara-cara:
- Pukul krim keju dan susu pekat sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan adunan.
- Pukul putih telur sehingga betul-betul kembang dan kaku.
- Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga rata dan sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan menggunakan teknik water bath(bath marie). Untuk 30 minit pertama, bakar pada suhu pada 160°c. Kemudian turunkan suhu kepada 150°c (tanpa membuka pintu oven) dan terus bakar lagi lebih kurang 25-30 minit.
Tips:
- Untuk menjadikan putih telur kembang dan kaku, pastikan putih telur tidak tercampur dengan kuning telur, air, minyak dan sebagainya. Pastikan juga alatan dan bekas untuk memukul putih telur bersih dan kering.
- Pukul putih telur dengan kelajuan yang tinggi.
- Setelah masak, renggangkan sedikit pintu oven dan biar kek di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada loyang supaya kek tidak terus mendap.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo