Assalamualaikum..Hai semua. Dah hampir sebulan kita beraya. Ada lagi ke yang nak buat rumah terbuka akhir-akhir syawal ni? Kalau ada, boleh la buat agar-agar koktel sebagai hidangan pencuci mulut untuk tetamu. Agar-agar atau puding selalunya jadi pilihan utama untuk hidangan semasa jamuan kerana cara membuatnya sangat senang dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Ianya boleh disediakan lebih awal dan dihidang semasa sejuk.
Untuk resepi agar-agar koktel ni, saya buat 2 lapisan iaitu lapisan jernih dan lapisan susu cair supaya koktel kelihatan lebih menarik untuk dihidangkan. Boleh juga buat hanya 1 lapisan saja jika ingin lebih mudah. Terpulang kepada kreativi masing-masing. Selain daripada buah-buahan koktel, boleh juga menambah bahan lain seperti nata de coco ataupun jelly ke dalam agar-agar koktel ni.
Asingkan air koktel dan juga buahnya jika taknak agar-agar rasa terlalu masam atau boleh letakkan sedikit sahaja air koktel sebagai perasa. Boleh tambah atau kurangkan gula mengikut citarasa masing-masing. (rasa dulu sedikit koktel sebelum dikeraskan)
Jom tengok video tutorial agar-agar koktel yang saya sediakan kat bawah ni. Jangan lupa subscribe ye. Hehe..
Bahan-bahan agar-agar koktel:
- 800ml Air
- 10gm Serbuk Agar-Agar (1 Paket)
- 1/2 Cawan Gula
- 1 Tin Koktel Buah
- 200ml Susu Cair
Cara-cara:
- Masakkan air bersama serbuk agar-agar lebih kurang 10 minit.
- Kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur.
- Masukkan buah-buahan koktel dan kacau sebentar.
- Keluarkan separuh daripada agar-agar tadi dan masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian.
- Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan susu cair ke dalam lebihan agar-agar di dalam periuk tadi.
- Tuang agar-agar ke atas lapisan pertama tadi. Sejukkan sehingga agar-agar betul-betul keras dan sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- untuk lapisan pertama, jangan letak dalam peti sejuk terlalu lama sehingga keras sebab nanti lapisan kedua kurang melekat. Jika terlebih keras, kelarkan sikit lapisan pertama sebelum letak lapisan kedua.
- setelah masukkan susu cair, masak agar-agar dengan menggunakan api kecil supaya susu tidak berketul.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo