potato wedges

Potato Wedges dengan Sos Cheese

Assalamualaikum.. Siapa yang suka makan potato wedges yang macam kat KFC tu? Ha..hari ni saya nak share resepi potato wedges dengan sos cheesenya sekali. Senang je sebenarnya nak buat potato wedges ni. Masa buat resepi ni saya buat guna 3 biji kentang je. Rasanya macam dah banyak sangat, rupanya tak cukup. Berebut anak-anak makan ?. Suka tengok anak-anak berselera makan makanan hasil air tangan sendiri. Hehe.

potato wedges

Ok untuk pengetahuan, saya gunakan kentang US untuk buat wedges ni. Sebab ianya lebih besar berbanding kentang biasa. Jadi dapat la wedges yang besar dan panjang. Kalau boleh gunakan kentang yang lebih kurang sama saiznya supaya kentang akan masak sama rata. Kalau tak sama saiz, kentang yang besar mungkin akan kurang masak manakala kentang yang kecik pula akan terlebih masak dan mungkin akan jadi lembik. Nak guna kentang biasa pun tak ada masalah. Cuma kalau kentang kecil, kurangkan sikit masa memasaknya.

Untuk salutan kentang, sebenarnya boleh gunakan apa-apa bahan kegemaran masing-masing. paling asas adalah menggunakan tepung, lada hitam dan juga garam. Boleh tambah bahan yang lain juga. Kebetulan semua bahan yang saya senaraikan kat bawah ni ada kat rumah. So saya guna je semua. Hehe.

Bagi membuat sos keju pula, saya cadangkan guna american cheddar cheese kerana cheese ni lebih sedap. Cheese ni berwarna oren. Jadi bila kita buat cheezy sos untuk potato wedges ni, ianya akan menjadi oren sama seperti cheezy sos yang ada kat KFC tu. Cuma harganya lebih mahal berbanding cheese biasa. Hehe. Dalam resepi yang saya buat ni saya cuma gunakan cheese biasa sebab stok american cheese tu dah habis. Alhamdulillah rasanya tetap sedap. Asalkan cukup rasa masin dan lemak, in sha Allah sos ni mesti sedap. 

Ok sebelum korang cuba resepi potato wedges ni, jom tengok cara penyediaannya dalam video yang best kat bawah ni sambil layan lagu. Hehe. Jangan lupa subcribe YouTube Channel kami tau. 

Bahan-bahan Potato Wedges:

Wedges:

  • 3 Biji Kentang
  • 1 Sb Garam

Salutan Wedges:

  • 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Herba Campuran
  • 1 sk Serbuk Paprika
  • 1 sk Serbuk Oregano
  • 1 sk Garam

Cara-cara:

  1.  Potong kentang kepada 6@8 bahagian secara memanjang mengikut saiz kentang.
  2. Rebus kentang lebih kurang 4-5 minit sehingga kentang separuh masak. (kentang boleh dipotong tetapi bukan terlalu lembut)
  3. Angkat kentang dan keringkan dengan menggunakan tisu atau tuala.
  4. Campur kesemua bahan salutan dan sulatkan kentang tadi ke dalam bahan salutan ini sehingga rata. 
  5. Simpan kentang di dalam bekas bertutup dan bekukan selama 2 jam.
  6. Keluarkan kentang yang telah dibekukan dan goreng seperti biasa dengan menggunkan minyak yang banyak sehingga garing.

Sos Keju:

  • 2 Sb Mentega
  • 1 Sb Tepung Gandum
  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1/2 Cawan Keju Cheddar

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk. 
  2. Masukkan tepung gandum dan terus kacau sehingga rata.
  3. Masukkan susu segar dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  4. Tambahkan pula keju dan kacau sehingga sos menjadi likat.

Nota:

  • Kentang boleh direbus dengan kulit atau tanpa kulit. Kalau nak rebus dengan kulit pastikan kentang betul-betul bersih.
  • Boleh salutkan kentang di dalam zip lock bag untuk lebih senang.
  • Jangan masak sos keju terlalu pekat kerana ianya akan semakin pekat bila dah sejuk.
  • Boleh tambahkan bahan lain seperti herba campuran dan oregano ke dalam sos jika suka.
potato wedges
potato wedges
potato wedges
potato wedges

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top