Udang Goreng Butter Sarang Telur| Butter Prawn

Assalamualaikum. Resepi udang goreng butter yang dihidangkan dengan sarang telur ni memang sedap. Rasanya pedas dan sedikit manis dan ada juga sedikit rasa berempah kari. Sebelum ni saya pernah buat ayam butter. Boleh tengok resepinya disini. Actually resepinya lebih kurang je. Cuma untuk resepi udang goreng butter ni saya sertakan sekali cara untuk membuat sarang telur untuk dimakan bersama udang goreng butter.

udang goreng butter

Dalam resepi ni saya menggoreng udang dengan serbuk kari supaya rasa sedikit berempah. Udang boleh juga digoreng dengan bahan lain seperti serbuk kunyit, lada sulah, lada hitam, tepung gandum dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Goreng udang sekejap sahaja untuk mengelakkan udang menjadi keras.

Untuk membuat kuahnya pula, boleh lebihkan susu cair jika mahu kuah yang banyak. Kalau nak lebih berlemak boleh tambahkan beberapa kering cheese. Kuah akan manjadi lebih pekat dan sedap. Cuma ianya juga akan menambah lemak di badan. Hehe.. Tapi daun kari jangan skip tau. Daun ni bagi rasa dan aroma yang sedap dalam masakan ni. Bahan lain boleh diletak mengikut selera masing-masing.

Ok jom tengok dulu video kat bawah ni. Saya sediakan cara yang lengkap untuk membuat udang goreng butter bersama sarang telurnya sekali. Jangan lupa baca tipsnya sekali kat bawah ni tau. Selamat mencuba!

udang goreng butter

Bahan-bahan Udang Goreng Butter:

Bahan Sarang Telur:

  • 3 biji kuning telur
  • 1 cwn minyak masak
  • 5 sb butter

Cara-cara:

  1. Panaskan butter dan minyak sehingga betul-betul panas.
  2. Pusingkan minyak yang telah panas tadi dengan menggunakan senduk bulat atau chopstick.
  3. Pukul telur sedikit dan tuang telur dengan tinggi supaya telur turun halus. Tuang sambil terus pusingkan minyak dengan laju.
  4. Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.

Bahan Udang:

  • 250g udang
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 sb tepung jagung
  • Garam
  • 2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 cawan susu cair (lebihkan jika mahu kuah banyak)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:

  1. Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.
  2. Goreng sebentar dan ketepikan.
  3. Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.
  5. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  8. Hidangan udang di dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi. (boleh juga campuran sekali sarang telur di dalam kuali semasa memasak).

Tips:

  • Boleh letak telur dalam plastik dan buat lubang yang kecil ataupun letak dalam acuan roti jala untuk lebih senang menuang ke dalam kuali dengan lebih halus.
  • Sentiasa kacau minyak secara membulat semasa menuang telur ke dalam minyak.
  • Jangan goreng udang terlalu lama untuk mengelakkan udang keras.

udang goreng butter

udang goreng butter

udang goreng butter

udang goreng butter


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top