Ayam Mentega Telur Masin Paling Sedap

Assalamualaikum. Hari-hari nak fikir pasal masak ni penat jugak. Bukan penat apa, tapi penat sebab selalunya takde idea nak masak apa. Bila dah ada idea menu, bahan pulak yang takda. Haha. Saya rasa mesti ramai yang mengalami masalah macam saya ni kan? Terutamanya geng-geng suri rumah yang hari-hari kena fikir menu masakan untuk keluarga. Hehe. Tapi hari ni saya nak cuba resepi baru iaitu ayam mentega telur masin a.k.a salted eggs butter chicken. Saya tak pernah lagi masak ni. So baru la untuk saya. Hehe. 

Ayam mentega telur masin ni lebih kurang rasa macam butter chicken yang biasa. Cuma ada tambahan telur masin. Siapa yang dah pernah cuba resepi butter chicken, patut cuba resepi ni. Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti udang, ketam dan sebagainya. Selain tu, saya juga pernah buat udang goreng butter bersama sarang telur. Jangan lupa try tau. 

Dalam resepi ni daun kari dan juga cili padi boleh letak ikut selera masing-masing. Saya letak lebih kurang 1 pelepah daun kari dan 3-4 tangkai cili padi. Kalau nak lagi pedas boleh lebihkan cili. Tambahkan garam ke dalam masakan jika perlu sahaja kerana dah ada rasa masin daripada telur dan juga ayam yang digoreng. Untuk gorengan ayam pula, boleh gunakan tepung goreng ayam segara untuk lebih mudah. Saya pun selalu guna tepung ayam segera kalau tak rajin nak bancuh tepung sendiri. Hehe.

Sebelum cuba resepi ni, jom tengok dulu cara penyediaannya dalam video kat atas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan pelbagai resepi yang menarik. 🙂 

Ayam mentega telur masin

Bahan-Bahan Ayam Mentega Telur Masin:

  • 200gm Ayam (Didadu)
  • 1 Sb Tepung Gandum
  • 1 Sb Tepung Jagung
  • 1/2 sk Garam
  • 1/2 sk Lada Sulah
  • 3 Sb Mentega
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Daun Kari
  • Cili Padi 
  • 3 Kuning Telur Masin (direbus)
  • 1/2 Cawan Susu Cair

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung gandum dan tepung jagung berserta garam dan juga lada sulah. (boleh perap ayam jika mahu)
  2. Goreng ayam sehingga garing.
  3. Panaskan mentega. Tumis bawang putih, daun kari dan juga cili padi sehingga naik bau.
  4. Hancurkan sedikit kuning telur yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata.
  5. Masukkan pula susu cair dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat. (boleh tambah kalau nk lebih kuah)
  6. Tambah garam jika perlu. (Saya tak letak sebab telur dan ayam dah masin).
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga rata.

Ayam mentega telur masin

Ayam mentega telur masin

Ayam mentega telur masin


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo



Scroll to Top