Panna Cotta Strawberry Sedap dan Lembut

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi pencuci mulut yang sangat best iaitu panna cotta strawberry. Panna cotta adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasal daripada Italy. Ianya diperbuat daripada krim masakan dan gula gelatin. Tekstur panna cotta ni seperti puding yang sangat lembut dan halus.

Tidak seperti puding biasa, pencuci mulut ilaty ni akan mencair apabila berada lama pada suhu bilik. Jadi, ianya sesuai dihidangkan semasa sejuk. Memang terasa sejuk tekak bila memakannya. Panna cotta selalunya dihidangkan dengan pelbagai jenis sos berry, sos karamel dan juga coklat. Untuk resepi kali ni, saya sediakan panna cotta bersama sos strawberi yang paling mudah dan sedap.

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 4 bekas kecil. Krim putar boleh digantikan dengan susu cair. Tapi pada selera saya, rasa krim putar ni lebih sedap dan berlemak berbanding dengan susu cair walaupun harganya agak mahal. Kalau nak makan sedap, kena la belanja lebih sikit. Hehe. Saya juga pernah buat sos mangga. Cuma gantikan strawberi dengan buah mangga masak ataupun apa-apa jenis buah kegemaran masing-masing. Boleh kurangkan gula jika buah yang digunakan sudah manis.

Kat atas ni saya ada kongsikan video cara untuk membuat panna cotta. Boleh tengok untuk lebih senang nak faham cara penyediaannya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk dapatkan latest resepi yang menarik dan tengok video yang best kat situ.

1553946502075.jpg

Bahan-bahan panna cotta:

  • 2 Sb air sejuk
  • 1 Sb serbuk gelatin
  • 200ml susu penuh krim
  • 200ml krim putar tenusu
  • 50g gula
  • 1sb esen vanila

Cara membuat panna cotta:

  1. Kacau gelatin bersama air sejuk dan biarkan ianya mengembang selama lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan susu, krim putar dan juga gula ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas dapur sehingga gula hancur. Tapi jangan sampai adunan ni mendidih.
  3. Setelah gula hancur, alihkan periuk daripada dapur. Masukkan pula esen vanila dan kacau sebentar.
  4. Masukkan gelatin yang telah kembang tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas kecil yang sesuai.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.

Bahan-bahan sos strawberi:

  • 200g strawberi
  • 3 Sb gula
  • 2 Sb air

Cara-cara:

  1. Masak strawberi bersama gula dan sedikit air di dalam periuk sehingga strawberi sedikit hancur dan menjadi pekat seperti sos.
  2. Sejukkan sos dan tuang ke atas panna cotta yang telah sejuk tadi.

*Boleh tambah gula jika mahu lebih manis.

1553945981545.jpg

1553946189567.jpg

panna cotta

panna cotta


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply