Agar-Agar Laici Yang Menyegarkan

Assalamualaikum. Agar-agar laici yang sedap dan menyegarkan sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut untuk tetamu atau untuk makan sendiri. Lebih sedap jika dimakan semasa sejuk. Cara nak buat resepi ni memang senang sangat. Sama seperti agar-agar yang lain. Cuma dengan tambahan laici, agar-agar ni jadi lebih sedap dan menyelerakan. Boleh tengok video yang kami sediakan kat bawah ni dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lebih banyak resepi yang terbaru dan best.

Saya letak sedikit pewarna merah jambu di dalam adunan agar-agar laici ni untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Tak nak letak pun takpe. Ataupun nak letak pewarna yang lain pun boleh juga. Kalau nak agar-agar yang lebih lembut seperti dadih, boleh lebihkan sukatan air. Agar-agar ini boleh juga dihidangkan dengan susu cair kalau nak lebih sedap.

Selain agar-agar laici ni, korang boleh juga cuba resepi agar-agar roti yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Kalau ada roti yang hampir expired kat rumah tu boleh la cuba resepi agar-agar roti ni. Sedap dan mudah sangat cara penyediaannya.

Ok jom kita tengok bahan-bahan kat bawah ni dan selamat mencuba. 😉

agar-agar laici

Bahan-bahan agar-agar laici:

  • 10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
  • 3 cawan air (750ml)
  • 1 tin laici (565ml) (kisar kasar)
  • 3/4 cawan gula (150g) *boleh adjust ikut selera
  • 1 tin susu cair (400ml)

Cara-cara membuat agar-agar laici:

  1. Kisar laici bersama airnya sebentar. Jangan terlalu hancur. Ketepikan.
  2. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga serbuk agar-agar hancur.
  3. Masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur dan biarkan air mendidih.
  4. Tambahkan pula susu cair dan air laici yang telah dikisar tadi. Sentiasa kacau sehingga sedikit pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
  6. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sedia untuk dihidangkan.

agar-agar laiciagar-agar laiciagar-agar laici


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply