nasi lemak

Nasi Lemak Sambal Udang Paling Simple

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat nasi lemak sambal udang menggunakan sambal kokomo yang sangat sedap. Nasi lemak yang saya buat ni senang je tanpa memerlukan banyak bahan. Sambal udang ni pun sangat simple sebab saya menggunakan sambal segera kokomo. Kat bawah ni saya ada sediakan video cara membuat nasi lemak dan sambal udang. Jom kita tengok dulu sebelum nak masak tu.

Nasi Lemak

Nasi lemak yang saya buat ni sangat senang sebab saya cuma menggunakan gunakan santan dan garam sahaja. Kalau ada daun pandan, boleh letak. Daun pandan ni optoinal je. Tujuannya untuk bagi nasi lemak ni jadi wangi dan ada sikit rasa pandan. Kalau tak ada pun takpe. Boleh juga letak halia, halba, bawang dan sebagainya kalau suka. Terpulang pada selera masing-masing. Pada selera saya, saya lebih suka nasi lemak yang plain macam ni. Takde la tergigit macam-macam bende dalam nasi tu nanti. Hehe. Yang penting santannya mesti pekat. Baru la terasa lemaknya nasi kita nanti.

Sambal Udang

Untuk sambal pula, saya gunakan sambal segera kokomo. Guna sambal kokomo ni senang sangat sebab tak perlu tumis cili dan bawang. Dia lebih kurang macam cili boh tapi sambal ni dah dimasak dengan cukup rasa. So kita dah tak perlu tumis dan tambah bahan perasa yang lain. Tapi kalau nak tambah bahan perasa yang lain pun tak ada masalah. Boleh ikut selera sendiri.

Sambal kokomo ni juga boleh dimakan terus macam tu je. Tak payah masak pun takpe. Boleh la terus buat sambal nasi lemak ni ataupun buat cicah dengan cucur ke cakoi ke. Sambal ni sesuai juga untuk buat masakan lain seperti asam pedas, kari dan sebagainya. Senang dan cepat je nak masak apa-apa pun. Sesuai sangat untuk orang macam saya ni yang tak pernah cukup masa nak duduk dapur lama-lama sebab asyik kena kacau dengan anak-anak. Hehe.

Ok jom kita tengok resepi kat bawah ni. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

img_1755

Bahan-bahan nasi lemak:

  • 2 Cawan Beras
  • 3 Cawan Santan Pekat
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 Helai Daun Pandan

Cara-cara membuat nasi lemak:

  1. Basuh beras hingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan juga santan. (sukatan santan sama seperti memasak nasi biasa)
  3. Masukkan garam secukup rasa dan juga daun pandan untuk bagi nasi lemak menjadi wangi.
  4. Kacau sebentar dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan sambal udang:

  • 15 Ekor Udang
  • Garam
  • 4 Sudu besar Sambal Segera Kokomo
  • 1/2 biji Bawang Besar
  • Sedikit Air

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang dengan sedikit garam sehingga rata.
  2. Goreng udang separuh masak dengan sedikit minyak.
  3. Apabila udang dah separuh masak, buang lebihan minyak jika terlalu banyak.
  4. Masukkan sambal segera kokomo dan kacau sebati.
  5. Masukkan pula bawang besar yang dihiris bulat.
  6. Letakkan sedikti air jika sambal terlalu kering.
  7. Kacau sehingga udang betul-betul masak dan sedia untuk dihidangkan.

nasi lemaknasi lemaknasi lemaknasi lemak


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top