Hotang |Hotdog Dan Kentang|Tokkebi Korean Food

Assalamualaikum. Hotang atau tokkebi ni adalah salah satu korean street food yang popular selain corn dog. Sebenarnya tokkebi ni lebih kurang macam corn dog juga cuma bezanya ia disalut dengan kentang. Kentang ni boleh guna readymade french fries ataupun kentang biasa. Kalau nak guna kentang biasa rebus dahulu kentang sehingga separuh masak.

Adunan salutan tepung hendaklah dibuat sedikit pekat supaya kentang tidak jatuh (boleh tambah sedikit tepung jika adunan terlalu cair). Lepas salut tepung dan juga kentang tu memang kena cepat-cepat masukkan dalam kuali. Kalau tak, kentang akan jatuh semula. So kita kena panaskan dulu minyak sebelum salut sosej dengan tepung dan kentang. Adunan juga boleh ditambah dengan pelbagai bahan atau perasa yang lain mengikut citarasa masing-masing.

Saya ni tak pernah pun makan korean street food kat luar. Jadi taktau la rasanya macam mana. Tapi bila nampak ramai yang post pasal makanan korea ni, saya pun try la juga. Sedap juga rasa hotang ni. Kalau nak cuba buat corndog boleh tengok resepi corndog ni.

Sebelum cuba resepi hotang ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Lebih senang nak faham kalau tengok video. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-bahan hotang:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • Sosej
  • Kentang goreng sejuk beku

Cara-cara membuat hotang:

  1. Kacau tepung gandum, tepung jagung, gula, telur, serbuk penaik dan garam sehingga sebati.
  2. Masukkan susu dan kacau sehingga semua bahan sekata.
  3. Masukkan bahan ni ke dalam gelas yang tinggi.
  4. Sediakan sosej secukupnya dan cucuk dengan lidi yang tebal.
  5. Sediakan juga kentang yang dipotong dadu.
  6. Kemudian celupkan sosej tadi ke dalam adunan tepung dan salutkan ke dengan kentang.
  7. Segara masukkan hotang ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga masak. Siap!
hotang
hotang
hotang
hotang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.