Ayam Goreng Berempah Mudah Dan Pasti Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Ayam goreng berempah pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini. Lagi-lagi kalau dihidangkan semasa panas-panas memang sedap sangatkan. Betul tak? Hehe.

Begitu juga la dengan anak-anak saya. Kalau tak ada lauk ayam, memang kurang la serela mereka nak makan seolah-olah tak ada lauk lah pada mereka. Tapi bila ada ayam mereka makan bertambah-tambah, lebih-lebih lagi kalau ayam goreng. Hehe. Sangat berbeza dengan zaman saya dahulu. Teringat waktu kecil ketika di kampung. Lauk ayam adalah lauk mewah yang dapat dinikmati hanya beberapa kali sahaja dalam sebulan. Maklumlah duduk di kampung memang susah nak beli ayam, kalau ada pun ayam yang dibela sendiri oleh emak saya atau jiran-jiran di kampung. Jadi agak memakan masa untuk ayam besar dan sedia untuk disembelih dan dimasak.

So, kali ini saya ingin kongsikan resepi ayam goreng berempah yang mudah dan pasti sedap. Saya juga pernah kongsikan resepi ayam ala kfc sebelum ini. Boleh tengok resepinya di sini. Ayam goreng berempah ni selalunya akan dinilai kesedapannya berdasarkan bahan rempah yang digunakan dan serdaknya. Jadi korang boleh lebihkan bahan perapannya untuk mendapatkan serdak yang banyak. Ayam juga boleh di perap semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan lazat. Ok, selamat mencuba.

Tapi sebelum korang nak cuba resepi ayam goreng berempah ni, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas supaya lebih senang nak faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam goreng berempah:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 biji Bawang Putih
  • 2 batang Serai
  • 1 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 1/2 sk Jintan Manis
  • 1/2 sk Jintan Putih
  • 1/2 sk Biji Ketumbar
  • Air
  • 1/2 ekor Ayam
  • 1 sb Serbuk Kari
  • 1 sb Pes Cili
  • Garam

Cara-cara membuat ayam goreng berempah:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar dengan sedikit air.
  2. Campurkan bahan kisar dengan ayam.
  3. Tambahkan serbuk kari, pes cili dan garam secukupnya. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  4. Perap ayam selama 1 jam (jika diperap lebih lama ayam jadi lagi sedap).
  5. Goreng ayam sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan hidangkan.
ayam goreng berempah
ayam goreng berempah
ayam goreng berempah
ayam goreng berempah

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply