Ikan Masak Taucu Simple Tapi Menyelerakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai semua. Apa khabar hari ni? Dah lunch ke belum? Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang sesuai untuk lunch iaitu ikan masak taucu. Resepi ni sangat ringkas dan mudah nak buat. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja untuk cuba resepi ni. Hehe.

Bagi sesiapa yang tak tahu apakah itu taucu, ia adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular di kalangan masyarakat Indonesia. Taucu diperbuat daripada kacang soya yang diperap bersama garam dan bahan-bahan lain dalam tempoh masa tertentu. Rasa yang masin dan lemak dari kacang soya memberikan keunikan dalam masakan taucu.

Ok, berbalik kepada resepi ikan masak taucu ni. Ianya di masak dengan cara menggoreng ikan terlebih dahulu, kemudian barulah masak kuahnya dengan taucu  dan bahan-bahan. Saya gunakan ikan talapia merah untuk resepi kali ni. Ikan lain yang sesuai di buat masak taucu ni seperti ikan kerisi, bawal, tenggiri, kembung, selar kuning dan sebagainya. Untuk resepi ni, ianya boleh dimasak kering atau berkuah, terpulang kepada selera masing-masing. Ikan ni sedap di makan semasa panas-panas bersama nasi putih. Kalau nak resepi lain yang berasakan taucu, boleh cuba ayam pongteh ni.

Kalau korang nak senang faham cara membuat resepi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan untuk ikan masak taucu:

Bahan untuk ikan:

  • Ikan
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan lain:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 3 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tangkai Cili Merah
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Sudu Besar Taucu
  • Air
  • Air Asam Jawa
  • Gula

Cara-cara membuat ikan masak taucu:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan halia hingga garing.
  3. Masukkan taucu, kacau sebentar.
  4. Tambahkan air, air asam jawa, sedikit garam (jangan letak banyak sebab taucu dah masin) dan juga sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah di goreng tadi ke dalam kuah dan kacau rata. Siap!
Ikan Masak Taucu
Ikan Masak Taucu

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo