Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Tom yum merupakan salah satu resepi yang sangat popular yang berasal daripada Thailand. Terdapat pelbagai jenis resepi tom yum yang boleh kita buat. Kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat tom yum udang atau tom yum goong yang kaw. Rasa tom yum goong ni sangat padu bak hang! Macam makan dekat kedai Thai! Hehehe. Kalau korang tak percaya boleh cuba buat nanti yea.
3 bahan paling penting yang mesti ada dalam tom yum ialah serai, lengkuas dan juga daun limau purut. Daun ketumbar pula akan menaikkan lagi rasa tom yum ni. Sayuran pula boleh gunakan apa-apa jenis sayur mengikut selera masing-masing. Tapi resepi asalnya hanya menggunakan cendawan. Boleh adjust semua bahan mengikut selera masing-masing.
Korang boleh gunakan resepi tom yum udang atau tom yum goong ini untuk di masak dengan lauk lain seperti ayam, daging atau sotong dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Tom yum goong ni sesuai di makan dengan nasi putih, nasi goreng, mee, kuey teow ataupun bihun. Selamat mencuba.
Kalau korang nak tau, selain daripada tom yum berkuah ni, boleh juga buat resepi lain guna pes tom yum. Korang boleh cuba buat nasi goreng tom yum atau bihun goreng tom yum yang sedap ni.
Ok sebelum korang cuba buat tom yum goong ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan tom yum goong:
- Kulit dan Kepala Udang
- 3 Cawan @ 750 ml air
- 5 – 6 hirisan Lengkuas
- 2 Batang Serai
- 6 Helai Daun Limau Purut
- 1 Akar Daun Ketumbar
- 2 Tangkai Cili Padi
- 3 Sudu Besar Susu Cair
- 1 Cup Cendawan Tiram
- 2 Sudu Besar Pes Tom Yum
- 1 1/2 Sudu Besar Sos Ikan
- Garam
- Gula
- Bawang
- 15 ekor Udang
- 2 Sudu Besar Jus Limau
- Daun Ketumbar
Cara-cara untuk membuat tom yum goong:
- Masukkan kulit dan kepala udang di dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering. Kemudian masukkan air dan rebus selama 10-15 minit untuk dijadikan stok udang.
- Keluarkan kulit dan kepala udang tadi dan tinggalkan stok udang di dalam kuali.
- Kemudian masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, akar daun ketumbar dan cili padi. Kacau dan biar sehingga mendidih.
- Tambahkan susu cair dan cendawan dan biar sehingga cendawan masak.
- Masukkan pes tom yum, sos ikan, garam serta gula secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih.
- Masukkan hirisan bawang dan udang. Kacau dan tutup api.
- Akhir sekali, masukkan jus limau dan daun ketumbar sebagai hiasan. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo