April 5, 2020

Begedil Ayam Sedap Dan Tidak Pecah Bila Digoreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni emak dan adik saya nak datang ke rumah, jadi saya nak masak soto untuk mereka. Kalau nak makan soto ni sudah semestinya kena ada begedilkan. Kalau takde begedil macam tak lengkap la soto tu. Betul tak? Hehe. Oleh kerana nak makan soto kena ada begedil, so hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat begedil ayam yang sedap dan tidak pecah bila digoreng.

Bahan asas yang digunakan untuk membuat begedil ini ialah kentang dan juga ayam. Ayam perlulah di sangai atau digoreng tanpa minyak terlebih dahulu untuk mengelakkan begedil ini pecah apabila di goreng.

Ayam boleh digantikan dengan daging atau ikan. Boleh gunakan ayam dan daging segera yang di jual di pasaraya atau gunakan yang segar dan dikisar sendiri. Kesemua bahan boleh ditambah atau kurangkan mengikut selera masing-masing. Boleh juga gunakan resepi ni untuk membuat tauhu begedil. Saya pernah kongsikan resepi tauhu bergedil sebelum ini. Korang boleh lihat di sini dan juga beberapa jenis resepi yang berasaskan kentang seperti jejari kentang, cucur kentang, pizza kentang dan macam-macam lagi. Selamat mencuba.

Tapi sebelum korang cuba buat begedil ayam ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan begedil ayam:

  • 500 gram Kentang
  • 200 gram Isi Ayam (Dicincang)
  • 20 gram Daun Sup
  • 20 gram Daun Bawang
  • 30 gram Bawang Goreng
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Lada Putih
  • 1 Biji Telur

Cara-cara untuk membuat begedil ayam:

  1. Sangai atau goreng isi ayam tanpa minyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Potong nipis kentang dan goreng sehingga kekuningan.
  3. Tumbuk kentang semasa masih panas dan tumbuk sekali dengan ayam tadi sehingga lumat.
  4. Masukkan kentang dan ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Gaul sehingga rata dan sebati.
  5. Kemudian, bentukkan bulat-bulat dan tekan sikit supaya leper dan menjadi bentuk yang diingin.
  6. Pukul telur, kemudian celupkan begedil tadi di dalam telur dan goreng sehingga kuning keperangan. Siap! Sedia dihidangkan.
Begedil Ayam
Begedil Ayam
Begedil Ayam
Begedil Ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
error: Sekiranya anda sukakan post ini gunakan share button yang disediakan. :)
%d bloggers like this: