Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Musim cuti sekolah ini anak-anak semua ada dekat rumah dan asyik nak makan je. Hehehe. Lepas dah masak untuk lunch kena fikir pulak nak masak apa untuk minum petang. Anak-anak saya memang suka makan makanan yang berasaskan coklat tak kira la samada donut coklat, muffin coklat, biskut coklat, roti coklat pendek kata semua yang ada coklat memang jadi kegemaran anak-anak termasuklah ibunya sekali. Hahaha. So, hari ni saya buatkan kek coklat moist kukus tanpa telur untuk anak-anak.

Saya pernah kongsikan beberapa resepi kek coklat sebelum ini. Antaranya kek coklat kukus, kek coklat lava, kek coklat walnut dan sebagainya. Tapi apa yang membezakan kek coklat kukus ini dengan kek coklat lain yang saya pernah kongsikan sebelum ini ialah saya tidak menggunakan telur. Korang tidak perlu risau, walaupun tidak menggunakan telur tapi kek ini tetap lembut dan lembab kerana saya menggunakan yogurt sebagai salah satu bahan dalam kek ini. Yogurt adalah ejen untuk membuatkan kek ini menjadi lembab dan lembut.

Untuk toppingnya pula, saya menggunakan coklat masakan bersama susu cair. Susu cair boleh digantikan dengan whipping cream untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Korang juga boleh hiaskan kek ini dengan taburan coklat urai ataupun cheddar cheese yang di parut di atasnya. Selamat mencuba semua!

Sebelum korang cuba buat resepi kek coklat moist kukus tanpa telur ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kek coklat moist kukus tanpa telur:

Bahan untuk kek:

  • 1 cawan Yogurt Asli
  • 3/4 cawan Gula
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan Minyak Jagung
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Serbuk Koko

Bahan untuk topping:

  • 100gm Coklat Masakan
  • 50ml Susu Cair

Cara-cara untuk membuat kek coklat moist kukus tanpa telur:

  1. Pukul yogurt supaya tidak berketul-ketul. Pastikan yogurt berada dalam suhu bilik.
  2. Masukkan gula dan pukul sehingga gula hancur.
  3. Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebentar.
  4. Perap adunan selama 5 minit sampai nampak adunan berbuih.
  5. Kemudian, masukkan esen vanila dan minyak jagung. Pukul rata.
  6. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak ke dalam adunan. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  7. Sediakan acuan yang telah disapu dengan minyak atau marjerin.
  8. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan dan ratakan.
  9. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan pastikan penutup kukus dibalut supaya air tidak menitis di atas kek.
  10. Kukus adunan tadi selama 30 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
  11. Sementara itu, boleh sediakan toppingnya.
  12. Campurkan coklat masakan dengan susu cair dan masak secara double boiler sehingga coklat larut dan cair. Angkat dan hiaskan di atas kek yang telah masak. Siap!
kek coklat moist
kek coklat moist
kek coklat moist
kek coklat moist

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top