September 24, 2020
talam berlauk

Talam Berlauk

Hi semua. Menu untuk hari ni ialah kuih talam berlauk. Kuih ni juga salah satu kuih tradisional yang popular terutamanya di bulan Ramadhan. Adunan untuk kuih talam ni boleh juga digunakan untuk kuih cara berlauk. Untuk bahagian atas kuih ni, boleh dipelbagaikan lauknya. Boleh guna ayam, daging dan sebagainya. Bahagian atas ni kena ada rasa sikit untuk seimbangkan rasa dengan bahagian bawahnya agak tawar sedikit. Baru la sedap nak makan. Selamat mencuba ya.

talam berlauk

Bahan-Bahan

Bahagian Atas

2 biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
1 Sudu Besar Udang Kering (Ditumbuk)
200 gram Udang
1 Tangkai Cili Besar Merah
Serbuk Lada Sulah
Garam
Daun Sup
Daun Bawang

Bahagian Bawah

1 1/2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Air
1 Cawan Santan Pekat
1 Biji Telur
Lada Sulah
1 Sudu Kecil Gula
1 Sudu Kecil Garam

%d bloggers like this: