Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Korang masak apa untuk lunch hari ni? Kalau belum ada idea nak masak tu, apa kata korang cuba masak resepi yang akan saya kongsikan kat sini. Memandangkan kat rumah saya hanya ada stok daging je, jadi resepi yang saya nak kongsikan hari ni adalah resepi yang berasaskan daging iaitu daging berempah. Saya juga pernah kongsikan beberapa jenis masakan daging di sini___ sebelum ni.
Ada pelbagai cara dan resepi untuk membuat daging berempah ni. Tapi kali ini saya masak cara yang paling mudah sahaja. Resepi daging berempah ini sangat senang untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Dalam resepi ni saya cuma menggunakan rempah kari dan ketumbar. Kalau tak ada rempah ketumbar, guna rempah kari je pun dah sedap dah. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sedap korang boleh perap daging dengan bahan-bahan perapan lebih lama. Lagi lama korang perap daging tu lagi sedap la hasilnya nanti. Hehehe. Pemilihan daging juga adalah faktor penting dalam resepi ini. Korang boleh gunakan daging batang pinang supaya daging yang di masak nanti cepat lembut dan tidak liat. Selain tomato, bahan sayuran lain boleh ditambah untuk hiasan mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
Resepi ini sesuai untuk sesiapa yang baru cuba untuk belajar memasak atau pada orang yang nak masak tapi tak banyak masa untuk sediakan bahan-bahan untuk memasak kerana resepi daging berempah ini paling ringkas dan senang untuk disediakan. Ianya boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas atau sebagainya. Okay, apa tunggu lagi jom kita cuba resepi ni!
Tapi sebelum tu, kalau korang nak senang faham cara penyediaan daging berempah ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Daging Berempah:
Bahan Perap
- 250 gram Daging
- 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
- 1 Sudu Besar Serbuk Kari
- 1/4 Sudu Kecil Garam
- 1/2 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
Bahan Goreng
- 1 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 1/2 Inci Halia
- 1 Biji Cili Besar Merah
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Kecil Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Serbuk kari
- Tomato
Cara-Cara Untuk Membuat Daging Berempah:
- Perap daging bersama serbuk ketumbar, serbuk kari, garam dan serbuk kunyit. Perap selama 1 jam atau lebih.
- Goreng daging tanpa minyak dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
- Masukkan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing.
- Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili besar merah. Goreng sehingga bawang tadi layu. Boleh tambah sedikit minyak jika daging terlalu kering.
- Setelah itu, masukkan pula sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.
- Tambah serbuk kari dan sedikit air serta boleh juga tambahkan garam jika perlu. Kacau hingga rata.
- Akhir sekali, masukkan tomato sebagai hiasan. Kacau sebentar dan siap! Boleh dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo