Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua. Korang tengah mencari idea resepi kuih raya ke tu? Hari Raya akan menjelang tiba tidak lama lagi, mesti ramai di antara kita yang sedang mencari resepi cornflakes yang rangup, sedap dan senang untuk disediakan, bukan? Jadi hari ini saya akan kongsikan resepi cornflakes madu Oreo yang rangup dan sangat sedap untuk dinikmati bersama keluarga pada Hari Raya nanti. Saya pasti anak-anak mesti sangat teruja apabila ibu-ibu membuat cornflakes madu Oreo ni. Aktiviti membuat kuih raya ni sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi bila dapat membuatnya bersama keluarga tersayang. Jika kita ada kelapangan waktu, apa salahnya untuk membuat biskut atau kuih raya sendiri. Kuih raya seperti cornflakes ni adalah salah satu kuih raya yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sesiapa sahaja yang merasainya pasti hendak lagi, Malahan, boleh jadi satu bekas pun belum tentu cukup! Hehehe.
Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi cornflakes madu boleh lihat di sini. Namun kali ini, untuk kelainan saya campurkan Golden OREO Cookies untuk menambahkan kesedapannya. Korang boleh juga gunakan Original OREO Cookies atau boleh campurkan kedua-duanya sekali dengan cornflakes. Penyediaan cornflakes madu Oreo ni sangat mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak. Gabungan dari Golden OREO Cookies, cornflakes dan madu memang sangat sesuai dan menjadikan rasanya lebih lazat.
Golden OREO Cookies Limited Edition
Korang semua suka makan biskut Oreo tak? Saya pasti semua orang menyukainya, bukan? Untuk pengetahuan korang Oreo telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Golden OREO Cookies Limited Edition sempena Hari Raya yang akan datang. Rasa Golden OREO Cookies ini sangat sedap dengan lapisan inti vanilla di tengahnya. Korang boleh dapatkan biskut Golden OREO Cookies ini di pasaran sekarang yea dan rasailah sendiri kesedapannya.
Untuk hiasan cornflakes madu Oreo ini saya gunakan gula manik warna warni, Golden OREO Cookies dan juga kurma. Maklum la sekarang tengah puasakan jadi banyak stok kurma ada dekat rumah ni. Alang-alang letak sekali sebagai hiasan untuk cornflakes madu Oreo ni. Hehehe. Korang boleh gantikan hiasannya dengan coklat urai, almond nib, coklat chip atau sebagainya mengikut selera dan kreativiti masing-masing.
Cornflakes ini satu bahan yang nipis dan mudah masak, jadi korang perlu hati-hati ketika membakarnya. Jangan gunakan suhu yang tinggi kerana dikhuatiri cepat hangus. Jadi saya syorkan menggunakan suhu yang rendah dan masa yang singkat untuk pembakarannya. Bakar sehingga warna keemasan untuk mendapatkan cornflakes yang rangup dan sedap. Jadi apa tunggu lagi, jom kita buat cornflakes madu Oreo ni untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir di hari raya nanti. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video cara untuk membuat cornflakes madu Oreo kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video ini supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best, mudah serta menarik dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan cornflakes madu Oreo:
- 1/8 Cawan Mentega
- 1/8 Cawan Madu
- 85 gram Golden atau Original OREO Cookies (dihancur halus)
- 2 ½ Cawan Corn Flakes
Bahan Untuk Hiasan:
- 50 gram Kurma (buang biji dan dipotong kecil)
- 20 gram Golden atau Original Oreo Cookies (dihancur kasar)
- Gula Manik Warna Warni
Cara-cara untuk membuat cornflakes madu Oreo:
- Hancur atau patahkan Golden OREO Cookies kecil-kecil.
- Cairkan madu bersama mentega sehingga sedikit likat menggunakan api yang kecil.
- Masukkan cornflakes dan Golden OREO Cookies tadi. Gaul sehingga semuanya rata dan sebati.
- Kemudian, masukkan cornflakes ke dalam paper cup sehingga habis.
- Hiaskan dengan kurma, Golden OREO cookies serta gula manik warna warni.
- Bakar pada suhu 150°c selama 10 minit sehingga keemasan. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo