Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Walaupun sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana ada yang tak dapat pulang ke kampung atau bertemu sanak saudara yang jauh, namun kita perlu bersyukur kerana kita masih lagi dapat menyambut Syawal dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Kita juga masih dapat merasai kemeriahan Aidilfitri walaupun hanya beraya di rumah masing-masing. Sungguhpun begitu, tidak salah sekiranya kita menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lemang dan sebagainya termasuklah pelbagai jenis biskut raya untuk menambahkan keceriaan hari raya kita nanti. So, hari ni saya nak kongsikan dengan korang semua cara untuk membuat triple chocolate chip cookies yang mudah untuk disediakan, rangup dan pastinya sangat sedap ala-ala biskut famous amos gituuuu!!
Bagi saya triple chocolate chip cookies ni biskut yang perlu ada di setiap rumah menjelang Syawal nanti kerana biskut ini sesuai di makan oleh semua lapisan umur lebih-lebih lagi kanak-kanak. Biskut yang sangat sedap dan rangup, tak sedar boleh habiskan satu balang apabila dimakan. Hehehe. Untuk jadikan biskut ni sangat premium dan super sedap, korang mestilah menggunakan pure butter dan chocolate chip yang berkualiti. Gunakan dark chocolate chip untuk kurangkan rasa manis. Badam cincang pula boleh digantikan dengan apa-apa kekacang yang lain ikut selera dan citarasa masing-masing.
Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi biskut chocolate chip tanpa serbuk koko yang juga rangup. Resepi kali ni saya buat sedikit perubahan supaya biskut lebih rangup dan sedap. Dalam resepi ini, saya juga gunakan koko yang berkualiti iaitu koko van houten untuk menghasilkan biskut yang sedap. Koko van houten ini adalah salah satu pilihan koko yang terbaik yang sesuai digunakan untuk membuat biskut atau kek. Kemudian, saya hidangkan pula biskut ini dengan sirap coklat delfi juga dari van houten untuk rasa coklat yang berganda. So yummy!!! Sirap coklat delfi ini juga sesuai di makan dengan kek, roti, pancake dan sebagainya.
TIPS:
Di sini saya juga ingin kongsikan TIPS untuk dapatkan chocolate chip cookies yang rangup:
- Gunakan gula putih lebih daripada gula perang.
- Tak perlu masuk adunan ke dalam peti ais sebelum bakar.
- Jangan kurangkan gula.
- Boleh tambah masa membakar sehingga biskut menjadi rangup bergantung kepada oven masing-masing.
Saya ada sediakan video cara penyediaan dan cara membuat triple chocolate chip cookies kat atas ni, jadi apa kata korang tengok dulu video tersebut supaya korang lebih senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Triple Chocolate Chip Cookies:
- 2 cawan Badam Cincang
- 2 ¼ cawan Tepung Gandum
- ¼ cawan Serbuk Koko Van Houten
- 1 sk Serbuk Penaik
- 1 sk Soda Bikarbonat
- 250 gm Mentega
- ¼ cawan Gula Perang
- 1 cawan Gula Putih
- 1 biji Telur
- 1 sk Esen Vanila
- 2 cawan Cip Coklat
- Sirap Coklat Delfi
Cara-Cara Membuat Triple Chocolate Chip Cookies:
- Mula-mula bakar badam cincang pada suhu 130°c selama 10 minit atau sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
- Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan dahulu.
- Pukul mentega, gula perang dan gula putih sehingga sebati.
- Tambahkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati sahaja. Tak perlu pukul sehingga kembang.
- Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sehingga adunan sekata dan menjadi doh. Adunan memang lembik sedikit, jadi tak perlu risau dan tak perlu tambah tepung.
- Masukkan pula coklat chip dan badam cincang yang telah dibakar tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sehingga rata dan sebati semuanya.
- Ambil sedikit adunan dan sudukan ke atas loyang atau dulang pembakar. Buat sehingga kesemua adunan habis.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15-18 minit atau sehingga biskut masak. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar biskut.
- Siap dan boleh hidangkan bersama sirap coklat delfi!
Nota:
- Loyang atau dulang pembakar tidak perlu disapu dengan mentega atau letak apa-apa sebab biskut ini sangat mudah untuk ditanggalkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo